in ,

Datuk Rizalman Ibrahim Dilantik Ahli Lembaga Pengarah UiTM, Gantikan Vivy Yusoff

Pereka fesyen tersohor, Datuk Haji Rizalman Ibrahim dilantik oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM). Tahniah!

Beliau yang juga Pengarah Eksekutif dan juga Pengerusi Kumpulan Syarikat Rizalman Ibrahim telah menandatangani surat pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM pada hari ini, Jumaat, 16 Oktober di Pejabat Menteri Pengajian Tinggi, Putrajaya. Perkara tersebut diumumkan menerusi sebuah kenyataan daripada Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Syarikat Rizalman Ibrahim, Mohd Faizul Surani, sebentar tadi.

Rizalman juga merupakan alumni UiTM, adalah graduan daripada Diploma Seni Lukis dan Seni Reka dalam jurusan fesyen bermula pada tahun 1989-1993 dan pencapaian terbaik beliau ynag pernah disandang ketika menuntut di ITM (kini UiTM) adalah Pelajar Terbaik Kajian (Jurusan dan Fakulti) serta Pelajar Terbaik Diploma Seni Lukis dan Seni Reka (Seni Reka Fesyen).

rizalman

Semoga dengan pelantikan tersebut akan memacu UiTM ke arah kecemerlangan serta mencapai tahap terbaik sebagai sebuah universiti awam berkualiti di negara ini.

Jawatan disandang Rizalman kini pernah dipegang usahawan muda Vivy Yusof yang juga Pengasas FashionValet dan dUCK Group yang dilantik pada 26 Mei 2019.

Walau bagaimanapun, pada 28 September lalu, UiTM telah membuat pengumuman menerusi posting di laman sosial rasmi Instagram mereka mengenai penamatan kontrak Vivy sebagai Ahli Lembaga Pengarah.

Menerusi hantaran tersebut, UiTM telah memuat naik status penghargaan dan terima kasih kepada Vivy di atas khidmat bakti sebagai Ahli Lembaga Pengarah universiti berkenaan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Macau Scam, Polis Dedah Wajah Datuk Seri Yang Lari dari Bangunan SPRM

Puma & Von Dutch Team Up For A Throwback Collection