in

Keriangan Keluarga Dalam Satu Suara dalam FAMILI DUO

Spin-off daripada program Family Singing Show di 8TV, musim perkenalan Famili Duo di TV3 menampilkan 40 pasangan selebriti popular Malaysia yang bergandingan dengan ahli keluarga mereka untuk menonjolkan bakat nyanyian masing-masing.

Program realiti nyanyian ini bakal bersiaran mulai 14 Februari 2021, setiap hari Ahad, pukul 9.00 – 11.00 malam selama 8 episod. Anda juga boleh menonton program ini di www.tonton.com.my

Menurut Dato’ Khairul Anwar Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, “Famili Duo merupakan program realiti nyanyian famili berbahasa Melayu yang pertama di Malaysia. Kami berharap agar program ini dapat mengeratkan silaturahhim dalam kalangan ahli keluarga dan menghubungkan individu menerusi muzik dalam berkongsi erti kasih sayang. Dalam keadaan masih memerangi pandemik Covid-19, kami sentiasa peka dalam aspek keselamatan di samping menyediakan program TV berkualiti dengan pematuhan SOP yang lebih ketat. Jadi, Famili Duo diperkenalkan pada masa sekarang kerana ia amat sesuai untuk tontonan seisi keluarga.”

Famili Duo dibawakan oleh peneraju platform makanan atas talian di Asia Pasifik foodpandakeriangan dengan setiap pesanan.Menurut Sayantan Das, Pengarah Urusan foodpanda, “Pada masa ini, kami menggesa semua rakyat Malaysia untuk duduk di rumah dan meluangkan masa bersama keluarga dan orang tersayang. Program seperti Famili Duo, adalah penambahan yang tepat pada masa ini, memandangkan keadaan semasa di seluruh negara. Perkongsian di antara foodpanda dan Famili Duo ini sangat sesuai kerana ia mempunyai hala tujuan yang selari dengan foodpanda, iaitu untuk menyebarkan keriangan dengan setiap pesanan. Duduklah di rumah dan nikmati program ini sambil menikmati makanan kegemaran anda melalui foodpanda, atau cuba pandamart dan dapatkan barangan runcit dalam masa kurang dari 30 minit.”

Famili Duo dihoskan oleh Uyaina Arshad, dimeriahkan oleh dua figura popular iaitu Didie Alias dan Mark Adam sebagai juri. Uniknya, program ini menampilkan 5 pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan pada setiap episod. Mereka perlu melengkapkan 2 pusingan iaitu 1 ‘cover song’ dan 1 nyanyian di pentas. Di pusingan pertama, ahli keluarga yang lebih berumur menentukan ‘cover song’ untuk menghasilkan sebuah video muzik. Lagu pilihan tersebut akan diberikan nafas baharu dan dirakamkan di studio. Untuk pusingan kedua, ahli keluarga yang lebih muda akan memilih lagu untuk dipersembahkan di pentas Famili Duo. Pemarkahan ditentukan sepenuhnya oleh juri dan juara mingguan bakal membawa pulang hadiah wang tunai. 

Famili Duo dibawakan oleh foodpanda, keriangan melalui pesanan, dan bertindak sebagai penaja utama musim ini. Ia diterbitkan oleh Unit Hiburan Rangkaian TV Media Prima Berhad, diketuai oleh Nurhul Huda Haji Khalid sebagai penerbit eksekutif dan Mohd Jamira Ramli sebagai penerbit. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. Gunakan #FamiliDuo untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial. 

Senarai peserta Famili Duo: 

EpisodHubungan Selebriti
1adik-beradik Amira Othman & Irfan HarisYamani Abdillah & Zaki YamaniNaim Daniel & Emylia IzzatiSyafie Naswip & SapawiTajul & Beby Acha
2ibu/bapa dan anakSiti Saerah & UmairahAshira & Syed AzizAisha Retno & Jen RetnoSharifah Zarina & AthaliaSharifah Shahira & Tallisya
3suami isteriAzwan Kombos & Ezzaty AbdullahSalma Asis & AzriAnas Ridzuan & Ana SyuhadaNadzmi Adhwa & Ardell AryanaLan Solo & Sheila
4ibu/bapa dengan anakAmyza Aznan & AdrianFauzi Nawawi & Fareez FauziAmelina & PuteriLiza Abdullah & Naffiz ZolkefliShajiry & Hafiz
5sepupuOja & Eka CarameltAman Nassim & Zarina ZainoordinHefny Sahad & Qiqin MuseAra Johari & Syafiq ErwinFiza Thomas & Nasfikry
6bapa saudara/ibu saudara dan anak saudaraEzad Lazim & Along ZaimiAsmidar & Tiar ZainalZamani & ZynakalEranz & Rina Azhar Ayu Damit & Shah 
7adik-beradikSharif Zero & Atu ZeroIeda Moin & Eddy MoinShiha Zikir & Ieda ZikirSarah Fazny & BoyJiwa Firdaus & Farhan Mustapha
8suami isteriAepul Roza & Leez RosliHaziq Hussni & Ayunda PutriIfa Raziah & YaniRosma & KhaiTuju & Loca B

Mengenai TV3

Stesen TV No. 1 Malaysia sentiasa menghasilkan kandungan rancangan terbaik yang mencetus fenomena sepanjang 34 tahun bersiaran. Antaranya, drama bersiri – Nur, Leftenan Zana dan 7 Hari Mencintaiku. Rancangan anugerah – Anugerah Juara Lagu dan juga rancangan realiti seperti Immortal Songs, Vokal Mania,  Lagu Cinta Kita 2 dan I Can See Your Voice Malaysia. Buletin Utama telah merekodkan jumlah tontonan tertinggi pada setiap hari manakala Saluran YouTube TV3 – @TV3MALAYSIAOFFICIAL bukan sahaja menghimpunkan rancangan-rancangan popular siaran TV3 malahan ia juga merupakan antara saluran YouTube yang paling tinggi langganan di Malaysia.

Mengenai tonton & XTRA

Tonton adalah perkhidmatan penstriman video tempatan pertama dan terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 8.4 juta pengguna, menyaksikan pertumbuhan lebih 20,000 ahli setiap minggu sehingga kini selepas 8 tahun pelancarannya pada tahun 2010. Nikmati kandungan tempatan terbaik dan acara LIVE eksklusif dalam definisi tinggi (HD) yang dibawakan secara PERCUMA tanpa had. Dengan peningkatan servis, alami pengalaman baru dalam menonton keseluruhan episod secara menerus. Dengan perkhidmatan terbaharu ini, visi tonton adalah untuk menjadi platform hiburan video tempatan #1 untuk drama Malaysia yang terbaik dan terkini, acara LIVE eksklusif dan banyak lagi.

Selain dari itu, dapatkan gosip terbaru dan tip gaya hidup anda melalui laman xtra (www.xtra.com.my), kini boleh dilayari menerusi web dan aplikasi tonton. Muat turun atau kemas kini aplikasi baru tonton dari Google Play & App Store hari ini atau layari www.tonton.com.my.

Mengenai foodpanda

foodpanda adalah peneraju platform makanan atas talian di Asia Pasifik berazam membawa pelbagai jenis makanan, barangan keperluan dan banyak lagi kepada para pengguna dengan pantas dan mudah. Dengan kecanggihan teknologi dan operasi yang cemerlang, foodpanda telah menerajui perkembangan quick-commerce (q-commerce) di seluruh rantau ini dengan kerjasama rakan niaga, termasuklah pandamart – perkhidmatan pembelian barangan runcit di atas talian yang akan memberikan lebih banyak pilihan di sebalik jutaan pilihan penghantaran makanan yang lain. foodpanda beroperasi di lebih daripada 300 bandar di seluruh 12 pasaran di Asia Pasifik – Singapura, Hong Kong, Thailand, Malaysia, Pakistan, Taiwan, Filipina, Bangladesh, Laos, Kambodia, Myanmar, dan Jepun. foodpanda dimiliki oleh Delivery Hero, peneraju industri penghantaran makanan di dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.foodpanda.com

Mengenai Delivery Hero

Delivery Hero berada di 39 negara daripada 45 negara di mana ia beroperasi di Eropah, Amerika Latin, Asia, Timur Tengah dan Afrika Utara. Delivery Hero juga mengendalikan perkhidmatan penghantarannya sendiri terutamanya di lebih 600 bandar di serata dunia. Syarikat ini beribu pejabat di Berlin, Jerman dan mempunyai lebih daripada 27,000 kakitangan. Delivery Hero disenaraikan di dalam Bursa Saham Frankfurt dan menjadi sebahagian daripada indeks DAX (Deutscher Aktienindex) terkemuka pada tahun 2020. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.deliveryhero.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dayang Nurfaizah 2021 | 23

Lapan Lagu dalam Album BELAGU Dayang Nurfaizah Boleh Didengar di Pelantar Digital

M Daud Kilau | 24

M Daud Kilau Kini Dah Bersara, Kerana Mahu Fokus Beribadah