in

Luncai Emas & Godzilla Boombox Bergabung Lahirkan TIGA SWAGGER & HANAROSE

Luncai Emas Sdn Bhd dan Godzilla Boombox kini memperkenalkan DUA artis berkumpulan baru di persada muzik tanahair bagi menyemarakkan lagi industri muzik kita. Mereka adalah kumpulan Hip Hop TIGA SWAGGER dan juga kumpulan duo HANAROSE.

[pullquote]Kedua-dua kumpulan ini telah disunting dan dibimbing oleh Cat Farish, penyanyi dan komposer yang tidak asing lagi dalam arena muzik Hip Hop, di bawah label baru beliau Godzilla Boombox. Cat Farish yang merupakan pencipta lagu eksklusif Luncai Emas sejak 10 tahun yang lalu kini telah bersedia menggerakkan label miliknya sendiri dengan sokongan dan kerjasama syarikat milik Dato M.Nasir ini.[/pullquote]

Kerjasama di antara Luncai Emas dan Godzilla Boombox ini bertujuan membantu Cat Farish sendiri di dalam penerbitan, pengedaran serta promosi artis-artis baru naungan Godzilla Boombox disamping memperkembangkan lagi genre musik yang tersedia ada di dalam katalog Luncai Emas. Dua single daripada dua artis iaitu Opss! Aku Dah Ter / Tiga Swagger dan Girlfriend/ Hanarose adalah produk pertama kerjasama dua syarikat ini.

Tiga Swagger yang semakin mendapat tempat di corong-corong radio menerusi lagu “Opss Aku Dah Ter..”adalah gabungan 3 rapper bersama seorang DJ. Mereka ialah Eddie Ghiller, Beeru, Syifa Diana dan DJ Rangga. Konsep mereka lebih kepada Hip Hop dengan ‘Soul’ yang lebih santai dan mesra rakyat.

Lebih menarik mengenai single pertama mereka “Opss Aku Dah Ter..” ini turut mengundang Echa (Aishah AF7) dan juga pengacara, pelakon, pelawak paling top masakini iaitu ZIZAN RAZAK sebagai penyanyi jemputan.

Lagu “Opss Aku Dah Ter..“ ini juga telah menarik perhatian pihak Maxis dan mendorong mereka menonjolkan Tiga Swagger sebagai featured Artiste of The Month (May).

“HANAROSE” pula, kumpulan ini terdiri daripada dua gadis yang sama cantik dan berbakat iaitu Eka dan Isya. Eka lahir daripada program Akademi Fantasia 9, manakala Isya pula menerusi program yang pernah dianjurkan oleh Dato’ Siti Nurhaliza, i-Klon.

Single “Girlfriend” ini adalah pertaruhan pertama Hanarose hasil ciptaan Cat Farish sepenuhnya. Lagu ini adalah sebuah lagu yang mudah diingati, ‘catchy’ dan ‘cheeky’ bersesuaian dengan perwatakan Hanarose ini.

Hanarose

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Inilah Logo Filem Batman v Superman: Dawn of Justice

Caleb Johnson Juara American Idol Musim Ke-13