in , ,

Luar Biasa! Kehebatan Konsert A Night With Aina Abdul 2.0 

Konsert A Night With Aina Abdul 2.0 (ANWAA 2.0) berlangsung dengan meriah di Istana Budaya malam tadi.

Bersaksikan ruang panggung ‘full house’ dengan hadiran barisan selebriti popular dan peminat, Aina semestinya berjaya memberikan persembahan memukau dengan kualiti persis penyanyi antarabangsa.

Antara yang mencuri perhatian malam tadi adalah persalinan pertama Aina iaitu dress yang diperbuat daripada rambut rekaan Melinda Looi.

Menurut Aina, persalinan hitam penuh keunikan itu dihasilkan selepas berbincang dengan penata gayanya, Abu Shaef Hamza.

“Semua persalinan yang saya pakai ada cerita yang tersendiri. Outfit pertama itu boleh dikatakan sebagai ‘alter-ego of Aina Abdul.

“Ia diperbuat daripada lebih 150 unit rambut yang diimport, semua rambut itu adalah rambut sebenar (human hair).

“Sebenarnya agak berat untuk dipakai, tapi selesa dan kukuh. Idea untuk menggunakan material rambut datang daripada hasil perbincangan saya bersama Abu. Ketika itu konsert ini belum lagi terjadi mahupun dibincangkan,” katanya.

Aina berkata demikian pada Sidang Media Konsert A Night With Aina Abdul 2.0 selepas selesai membuat persembahan.

Luah Kesedihan Dalam 26 Lagu!

Dalam pada itu, Aina juga menjawab pertanyaan Murai MY mengenai tekanan yang dihadapi sebelum menjelangnya konsert berkenaan.

Menurut penyanyi yang mula meraih populariti dengan lagu Sumpah itu, fikirannya terganggu dengan hal-hal yang tidak melibatkan konsert seperti percakapan segelintir pihak mengenai dirinya. Bagaimanapun, Aina terus kuat dan mengambil langkah untuk tidak langsung memikirkan perkara negatif sepanjang minggu ini.

“Tekanan itu ada apabila perkara-perkara berlaku ketika hendak menjelang ke konsert ini. Orang cakap pasal itu ini, benda-benda yang saya rasa tak ada kaitan dan tak penting melibatkan konsert.

“Salah saya juga kerana saya baca komen-komen berkenaan di media sosial, ia memberikan kesan kepada saya dan sekaligus kepada pasukan saya juga kerana saya beri energi itu kepada mereka.Bila saya keluar nak pergi gymnasium untuk bersenam pun, ada orang kenal saya dan tanya soalan yang membuatkan saya terdiam. Perkara sebegitulah membuatkan mental saya penat.

Tapi minggu ini, saya betul-betul blok fikiran saya untuk hanya memikirkan perkara penting sahaja, pengurus saya juga sentiasa ingatkan saya untuk kurangkan masa dengan media sosial, selepas buat perkongsian, terus tinggalkan. Dia (pengurus) tak mahu saya terganggu oleh anasir-anasir luar.

“Apabila buat begitu, saya rasa lega. Semua rasa hampa, sedih dan marah itu saya sudah luahkan dekat 26 lagu yang saya nyanyikan malam ini, Alhamdulillah saya dapat lalui malam ini dengan baik,” jelasnya.

Selain persalinan extravaganza yang turut menampilkan dress mewah rekaan Rizman Ruzaini, pemilihan lagu juga disusun dengan sempurna hingga membuatkan ramai penonton bediri dan menari menikmati persembahan Aina.

Bukan sekadar itu, penataan cahaya dan rekaan pentas berlatarbelakangkan huruf ‘A’ juga berjaya menyuntik kelas yang tersendiri.

Aina juga tidak mengambil masa lama untuk menukar pakaian, setiap persalinan yang disarungnya hanya memakan masa pendek tidak melebihi dua minit.

Semoga malam kedua ANWAA 2.0 malam ini berjalan dengan lancar. All the best Aina Abdul!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

WAFAHISH

Coretan Hati Penuh Menggamit Wafa Dalam Lagu ‘IKATAN KITA

Joe Flizzow Ulang Kejayaan Bersama SonaOne Dalam Satu Malam Di Temasek