Love Story Lagu Terbaru Melly Goeslaw

Single Terbaru daripada Melly Goeslaw, bertajuk “Love Story”, daripada album “Dancing In the Silence”.

Tanpa mengenal erti jemu, Melly Goeslaw tidak pernah lekang dalam berkarya. Single beliau yang terdahulu bertajuk “Ketika Cinta Bertasbih”, telah pun mencapai sebanyak 500 000 muat turun digital. Berbekalkan kejayaan ini, Melly yang bernaung di bawah label Warner Music, kini muncul lagi dengan album solonya yang ke-4 berjudul “Dancing In the Silence”.

Melly Goeslow Love Story

Dikenali sebagai master bagi penghasilan soundtrack dalam industri perfileman, album beliau kali ini memuatkan 3 buah lagu yang telah menjadi lagu tema bagi beberapa buah filem. Lagu-lagu ini adalah “Kembali Senyumku” (Heart 2 Heart), “Yuk Kita Jadian” (Kabayan Jadi Milyuner) dan “Love Story” (Love Story). Sebagai antara hasil kejayaan Melly, “Dancing In the Silence” adalah album terbaru yang berinspirasikan pengalaman beliau selaku bergelar penyanyi dan juga penulis lirik. Album ini bakal diriliskan pada 21hb April 2011 dan akan dijual pada harga hanya RM27.90.

Daripada album ini, “Love Story” adalah single terbaru Melly. Lagu ini menampilkan Melly berduet dengan Irwansyah, penyanyi serta pelakon yang mula dikenali sejak kemunculannya dengan Acha Septriasa dalam filem Heart, filem yang hangat di Indonesia, juga di Malaysia.

Melly Goeslow Love Story

Seperti kebanyakan lagu-lagu ciptaan Melly, terimalah “Love Story” sebagai salah satu lagu berirama pop balada yag menampilkan kekuatan Melly dalam berkarya. Jangan lepaskan peluang untuk memuat turun lagu ini sebagai nada dering anda.

Bagi Maxis Caller Ringtones, sila dial *131*205116# dan tekan call/send, atau anda boleh layari laman http://www.musicunlimited.com.my, manakala bagi Celcom Call Me Tones, dial *118*113524# dan tekan call/send ataupun dengan melayari http://www.channelx.com.my. Bagi Digi Caller Tunes, anda boleh dapatkan lagu ini dengan menaip CT0113290 dan hantar ke 2000, ataupun dengan melayari http://ct.digi.com.my, manakala bagi U Mobile Colour Tones pula, sila dial *118*5*2*272724#, dan pilih call/send, ataupun layari http://www.u.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Andai Single Terbaru Alexa

Trending Viral Hiasan | 12

Rakaman Program SEJUTA IMPIAN TV3 Bermula, Ini Info Yang Anda Perlu Tahu