in

Andai Single Terbaru Alexa

Single terbaru ALEXA, bertajuk “Andai”, daripada album terbaru mereka “Edisi II”

Segala yang memuaskan pastilah berlandaskan hasrat untuk terus maju. Bermula dengan kejayaan pada album pertama yang dirilis pada Mei 2008, ALEXA muncul dengan album Special Edition dengan 3 lagu baru di dalamnya. Album ini adalah hasil sokongan dari Warner Music Indonesia , bersama Aqi (Vocalis), Satrio (Gitar/ Back Vocal), Rizki (gitar/ Back Vocal), JMono (Bass/Back Vocal) dan Fajar (Drums & Percussion). Single band ini yang terdahulu bertajuk Jangan Kau Lepas telah pun mencecah sebanyak 250 000 muat turun digital. Terbaru, di bawah naungan Warner Music, ALEXA kini muncul lagi dengan album terbaru berjudul Edisi II.

Alexa

Proses pembuatan album terbaru ALEXA ini adalah hasil kerjasama dengan Indra Q (jurutera muzik professional). Proses rakaman Edisi II dilakukan di River Brick Studio, studio milik Satrio yang baru sahaja beroperasi. “Sebenarnya Studio ini adalah projek coba-coba yang kami lakukan, banyak kendala dan hal yang terjadi walau akhirnya dapat berjalan dengan baik” Ujar Satrio. Proses Mixing album ini pula dilakukan di Batcave Studio, manakala proses Mastering dilakukan di IqalaMastering Asia Studio.

Album Edisi II menampilkan 13 buah lagu baru. Berbeza daripada album sebelumnya, Edisi II memuatkan 3 buah lagu berbahasa Inggeris, selari dengan hasrat mereka yang ingin menerobos pasaran luar negara. Terdapat juga nuansa rock yang menjadi inspirasi baru, seperti lagu Selagi Aku Mampu, Menunggumu, Beatiful, Satu Kosong dan Mysterious. Seperti pada album mereka yang sebelumnya, ALEXA masih mengekalkan tema lagu-lagu berunsur cinta, menepati citarasa peminat muzik umumnya.

Edisi II menampilkan kematangan ALEXA dalam berkarya. Walaupun berasaskan tema cinta seperti lazimnya lagu-lagu irama pop, Edisi II yang menggabungkan idea-idea baru menjadikannya suatu yang segar sebagai halwa telinga, lantas diterima oleh peminat muzik tanah air yang sentiasa menginginkan kelainan. Edisi II akan diriliskan pada 21 April 2011 dan dijual pada harga hanya RM27.90.

Single mereka pada album Edisi II ini adalah Andai, sebuah lagu yang menceritakan tentang penantian dan harapan cinta. Lagu ini dipersembahkan dalam nada ceria, dengan alunan piano pada bahagian refrain. Dengan aturan rentak oleh drum, bersama paduan alatan muzik lain dalam band, dilengkapi dengan suara vokal khas daripada Aqi, Andai terhasil sebagai sebuah lagu yang sangat mudah dinikmati oleh siapapun.

Khas buat para peminat irama pop modern, terimalah Andai, single terbaru daripada ALEXA. Jangan lepaskan peluang anda untuk memuat turun lagu ini sebagai nada dering anda! Bagi Maxis Caller Ringtones, sila dial *131*205092# dan tekan call/send, atau anda boleh layari laman http://www.musicunlimited.com.my, manakala bagi Celcom Call Me Tones, dial *118*112882# dan tekan call/send ataupun dengan melayari http://www.channelx.com.my. Bagi Digi Caller Tunes, anda boleh dapatkan lagu ini dengan menaip CT0112801 dan hantar ke 2000, ataupun dengan melayari http://ct.digi.com.my, manakala bagi U Mobile Colour Tones pula, sila dial *118*5*2*272332#, dan pilih call/send, ataupun layari http://www.u.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Papadom 2

Love Story Lagu Terbaru Melly Goeslaw