in ,

Tentang Filem LOVE AT FIRST SWIPE

Video portal tonton sekali lagi berkolaborasi dengan Jinnyboy TV mempertaruhkan drama terbaharu, LOVE AT FIRST SWIPE yang menggandingkan Fabian Loo dan Koe Yeet bermula 24 Disember 2018!

Siri original tonton ini mengisahkan Hann (Fabian Loo) seorang guru berumur dalam lingkungan 30an yang masih solo. Hann mempunyai kehidupan yang bosan dan tertekan dengan rakan-rakannya supaya mencari teman hidup menerusi aplikasi mencari jodoh (dating apps).

POSTER Filem LOVE AT FIRST SWIPE

“Selepas kejayaan atas kerjasama sulung dalam menerbitkan filem original tonton, By My Side dengan Jinnyboy TV, kami ingin terus memaparkan drama yang lebih dekat dengan situasi sebenar hidup dan penonton dapat menjiwai jalan cerita seterusnya seronok untuk mengikuti drama tersebut.”

Puan Airin Zainul, Pengarah Tonton, Pelesenan dan Pembarangan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad

Hann mengalah dengan desakan tersebut. Hann mencuba dan akhirnya hubungan akrab terjalin dengan Jess (Koe Yeet).

Koe Yeet _ Fabian Loo 4

Pertemuan Cinta Di Hujung Jari

Hubungan Hann dan Jess berjalan dengan lancar sehinggalah pelajarnya mengusik Hann kerana mencari jodoh melalui aplikasi.

Oleh itu, Hann mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Jess. Kehilangan Jess membuatkan Hann menilai semula tanggapannya terhadap cinta di dalam era digital. Akhirnya, cinta kembali dalam hidup Hann di luar jangkaannya.

Koe Yeet _ Fabian Loo 2

“Kerjasama kami bersama tonton bermula dengan By My Side dan kini dengan siri terbaharu tonton, Love at First Swipe. Kami ingin buktikan bahawa mereka yang bermula dari YouTube mampu keluarkan sesuatu yang berkualiti dan berharap rakan-rakan seperjuangan kami punyai peluang seperti kami.”

Jin Lim, Penerbit Eksekutif Love at First Swipe.

Love at First Swipe turut menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Pauline Tan, Naim Daniel, Izzat Mushtaq, Dennis Yin, Brandon Ho, Adib Alexxdan ramai lagi!

Kesemua episod telah di muat naik pada 24 Disember 2018. Tambahan itu, dengan pengumuman terkini di mana tonton boleh di akses tanpa sebarang bayaran, para penonton boleh menyaksikan himpunan drama menarik pada bila-bila masa dan di mana jua. 

Terus menonton kesemua drama kegemaran anda di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi tonton secara percuma sekarang!

Koe Yeet 4 Koe Yeet _ Fabian Loo 3 Fabian Loo 4 From Left - Irwin Oon, Koe Yeet, Reuben Kang, Fabian Loo, Jin Lim


Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

3 Things You Didn’t Know Mexico Was Known For

Hos Kanak-Kanak dalam Travelog KITA DAH SAMPAI