in , ,

Loko Butterfingers/Monoloque/Scan Mengembalikan Rock Malaysia Menerusi TAK BOLEH KELUAR

Afiz ‘Loko’ bukanlah nama asing dalam industri musik Malaysia. Sejarah penglibatan Loko dalam bidang musik bermula sejak kecil, kerana dia dilahirkan dalam keluarga yang berseni.

Ayahnya seorang pemain dram manakala ibunya pula seorang penyanyi. Kata Loko, set dram pertama yang dimilikinya diberikan oleh ibu bapanya sendiri kerana sering melihat Loko mengetuk meja sewaktu kecil. 

Mula mengukir nama menerusi kumpulan Scan pada tahun 90an, bakat beliau sebagai pemain dram begitu menyerlah sehingga diterima menyertai kumpulan Butterfingers sebagai pengganti Kalai yang menyambung pengajian di Amerika Syarikat. Kini, Loko aktif bermain dram secara komersial dan turut menyumbang bakat dan tenaga kepada kumpulan musik monoloQue.

Bermula dengan bualan kosong dan gurauan bersama penyanyi kumpulan monoloQue, Khairil ‘LoQue’ Ridzwan, sebuah lagu yang bertajuk Tak Boleh Keluar telah berjaya dihasilkan. Untuk lagu ini, Loko telah bermain dram sambil menyanyi, diiringi irama gitar dan keyboard oleh LoQue serta alunan bass oleh Kadax

Loko Butterfingers/Monoloque/Scan Mengembalikan ‘Rock Malaysia’ Menerusi Lagu Terbaharu ‘TAK BOLEH KELUAR’

Untuk lagu Tak Boleh Keluar, Loko dan LoQue sengaja mengetengahkan irama rock kapak bagi mengembalikan kegemilangan dan nostalgia. Menurut Loko, “Rock kapak masih lagi relevan untuk zaman sekarang ni. Rock kapak adalah Malaysian rock. Kerana bila dengar rock kapak, orang akan tahu bahawa itu lagu Malaysia. Identiti itu yang mahu diterap dan diketengahkan dalam lagu ini.” 

Lirik yang ditulis oleh LoQue boleh dikupas dalam dua bentuk. Bentuk pertama adalah mengenai “sesuatu yang terpendam, terbenam, dan tidak dapat keluar daripada ingatan.” Kupasan kedua, yakni lebih khusus dan mendalam, menceritakan kisah seorang yang dijangkiti wabah Covid-19 dan perlu di kuarantin bersendirian. Selama 14 hari, bersendirian menghadapi penyakit yang penawarnya tidak pasti. Tidak tahu apa yang akan terjadi. Bermacam-macam scenario mula bermain dan ‘tak boleh keluar’ dari dalam fikiran.

Loko menyedari bahawa lagu ‘Tak Boleh Keluar’ tidak menepati acuan citarasa masyarakat zaman kini. Tetapi, sebagai seorang ahli musik yang ikhlas, Loko berkarya dari hati. Bagi Loko, dia adalah rock kapak. Tidak boleh lari. Untuk lagu ini, Loko berharap semoga akan ada sambutan, walaupun kecil, terutamanya daripada rakan seperjuangan. Kerana lagu ini juga dicipta untuk kepuasan dan keseronokkan bersama kawan rapat. Keikhlasan berkarya itu yang ingin Loko kongsikan bersama para pendengar. 

Tak Boleh Keluar telah dirakam secara langsung di Makmal Kampung Batu. 

Bakal dikeluarkan di landasan musik digital Spotify, Apple Music, Tidal, dan Deezer pada 04/03/2022. 

Ikuti Instagram @afizloko dan @penercasona untuk dapatkan maklumat terkini. 

Loko Butterfingers/Monoloque/Scan Mengembalikan ‘Rock Malaysia’ Menerusi Lagu Terbaharu ‘TAK BOLEH KELUAR’

Mengenai Afiz ‘Loko’

Loko adalah seorang pemain dram yang mula berkecimpung dalam industri dalam industri musik Malaysia pada tahun 1990an menerusi kumpulan Scan. Namanya mula dikenali apabila dipilih menjadi pemain dram kumpulan Butterfingers bagi menggantikan tempat pemain dram asal, Kalai, yang menyambung pengajian di Amerika Syarikat. Pada tahun 2009, dia mula bermain dram dengan kumpulan monoloQue tetapi bersara seketika pada tahun 2014. Beberapa tahun kemudian, dia sambung berkhidmat dengan monoloQue sehingga waktu ini. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DYTM Raja Muda Selangor Turun Padang Melawat Rumah Yang Terjejas Pasca Banjir

Iqbal Zulkefli Nafi Terlibat Dalam Pengubahan Wang Haram