in ,

DYTM Raja Muda Selangor Turun Padang Melawat Rumah Yang Terjejas Pasca Banjir

Program Kita Bantu anjuran Selangor Youth Community (SAY) dengan kerjasama Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) merupakan sebuah inisiatif untuk membantu individu serta keluarga yang terkesan dengan pandemik Covid-19 yang melanda.

Sejak tercetusnya idea ini pada April 2020, program Kita Bantu telah menyalurkan pelbagai jenis bantuan kepada golongan yang terkesan antaranya keluarga B40, pelajar, peniaga kecil, petugas barisan hadapan dan yang terbaru, golongan yang terjejas oleh banjir besar pada Disember 2021.

Setakat Januari 2022, sebanyak 50,405 penerima telah mendapat manfaat daripada sumbangan orang ramai dan pihak korporat seperti Sunway Group yang telah dikumpulkan melalui inisiatif Kita Bantu. 

DYTM Raja Muda Selangor Turun Padang Melawat Rumah Yang Terjejas Pasca Banjir

Pada kali ini, sumbangan telah diberikan oleh Lau Gek Poh Foundation diwakili oleh Encik Gary Pang,  Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Perniagaan Hap Seng Consolidated Berhad yang telah disampaikan kepada Duli Yang Teramat Mulia (D.Y.T.M.) Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor bagi membantu mengurangkan beban buat mereka yang terkesan dengan banjir di Selangor pada penghujung Disember 2021. 

DYTM Raja Muda Selangor Turun Padang Melawat Rumah Yang Terjejas Pasca Banjir

Sebanyak 50 buah keluarga telah menerima sumbangan yang bertempat di Kampung Kebun Bunga Shah Alam. Sumbangan termasuk makanan basah dan kering, pek penjagaan kesihatan, barang keperluan elektrik, alatan pembersihan, dan sebagainya yang diperlukan oleh mangsa banjir untuk bangkit semula daripada musibah yang melanda. Bantuan barangan elektrik seperti pengisar, cerek jag elektrik, dapur das, dan periuk nasi merupakan antara barangan yang diterima oleh penduduk di kawasan lain seperti Sungai Lui dan Batu 13, Puchong yang terjejas pasca banjir. 

DYTM Raja Muda Selangor Turun Padang Melawat Rumah Yang Terjejas Pasca Banjir

Sejak bermulanya banjir, pihak SAY bersama YRMS telah bertungkus lumus untuk membantu mereka yang terkesan di beberapa daerah sekitarSelangor. Antaranya di Kuala Langat (melalui Majlis Belia Malaysia), Hulu Langat (melalui Yayasan Sukarelawan Siswa), Petaling serta Klang. 

DYTM Raja Muda Selangor Turun Padang Melawat Rumah Yang Terjejas Pasca Banjir

BERKENAAN SELANGOR YOUTH COMMUNITY (SAY)  

Selangor Youth Community (SAY) diasaskan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor pada tahun 2017. SAY merupakan organisasi bukan kerajaan, bukan politik dan juga bukan berasaskan keuntungan yang berpegang teguh kepada matlamat untuk mewujudkan komuniti belia oleh belia yang dinamik, progresif dan cergas. Atas kajian dan bengkel yang dijalankan oleh Boston Consulting Group untuk mengenal pasti belia yang ada di Selangor, SAY telah bergerak berpandukan empat fokus utama iaitu Keusahawanan, Sukan dan Kesihatan, Seni dan Kreatif dan juga Khidmat Komuniti, ia adalah untuk menyentuh secara menyeluruh minat dan fokus utama belia-belia di dalam negeri Selangor.

Setakat Januari 2022, SAY telah memberi kesan positif kepada seramai 300,000 belia, bukan sahaja tertumpu di dalam negeri Selangor tetapi juga di Malaysia secara menyeluruh melalui 200 inisiatif dan program bermula dari tahun pertama SAY ditubuhkan. SAY juga menjalankan program dan inisiatif yang holistik melalui rakan kerjasama dari pelbagai agensi kerajaan, korporat dan komuniti untuk mengenal pasti jurang dalam ekosistem agar tiada komuniti yang tercicir.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ABJAD AKSARA

Abjad Aksara Lancar Single Pertama Berjudul BAYANG-BAYANG

Loko Butterfingers/Monoloque/Scan Mengembalikan Rock Malaysia Menerusi TAK BOLEH KELUAR