in ,

Loka Bakal Lancar Muzik Video Jangan Pergi

[dropcap]L[/dropcap]oka, sebuah band baru yang di anggotai anak muda yang berbakat, Daniel Azreen (vocal), Adib (Gitar), Moe (Gitar) dan Gast (Dram) mula dikenali menerusi single pertama mereka ‘JANGAN PERGI’ hasil nukilan penyanyi LOKA sendiri iaitu Daniel atau Dan bersama sahabatnya Adrian.

[pullquote align=”right”]Lagu Jangan Pergi begitu mendapat sambutan dan semakin kerap diputarkan di radio tempatan dan mula memasuki carta radio tempatan.[/pullquote]

Jadi, apa maksud LOKA sebenarnya? Budiey pernah dengar inderaloka, tapi kalau Loka memang tak pernah dengar. Jadi, nama grup ini sangat unik. LOKA diambil dari perkataan Sanskrit yang membawa maksud antara Syurga dan Bumi. Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2011 ketika mereka bertemu sambil bersembang di kedai mamak di sekitar Bandar Utama. Bermula dari sembang kosong hingga akhirnya menjurus lebih serius tentang muzik dan mereka ingin melahirkan lagu-lagu yang lebih menjurus kepada kehidupan dan memberikan motivasi untuk kehidupan seterusnya di dalam lagu.

Loka

Berpusat di Kuala Lumpur, LOKA memperjuangkan muzik pop rock yang mempunyai rasa dan jiwa era 80-an dan 90-an. Mengambil sumber inspirasi dari band rock yang lain seperti Nickelback, Daughtry, Foo Fighters, Alter Bridge, Andra And The Backbones [Indonesia], Franco Reyes [Philippines], Bodyslam [Thailand] dan tidak ketinggalan band rock tempatan seperti Search dan Lefthanded. LOKA lebih selesa memperjuangkan muzik pop lama kerana senang dan selesa dengan muzik sebegitu walaupun kedengaran agak ketinggalan dan tidak seiring dengan perkembangan muzik semasa. Namun muzik dan lagu yang dihasilkan tetap diyakini dapat menarik minat pendengar dan pencinta muzik untuk menerima muzik yang diperjuangkan oleh LOKA.

Melihat sambutan yang baik terhadap lagu ‘JANGAN PERGI’ dan kumpulan LOKA itu sendiri, telah membuatkan pihak syarikat rakaman LIFE RECORDS, yang menaungi kumpulan ini mengambil keputusan untuk menerbitkan Muzik Videonya. Muzik video ‘JANGAN PERGI’ yang berkonsepkan “outdoor” ini diarahkan oleh Loulpop Studio pada penghujung bulan Mei 2013 yang lalu di sekitar Sungai Buloh Selangor dan Kuala Lumpur.

Muzik Video ‘JANGAN PERGI’ ini akan dilancarkan di youtube menerusi channel Life Records Malaysia http://www.youtube.com/user/liferecordsmalaysia pada 6 Julai 2013 tepat jam 10:00 malam ketika LOKA membuat persembahan di Night Of Life Records ‘Konsert 3 Negara’ di Pentas Utama Jalan Raja, Dataran Merdeka Kuala Lumpur sempena Festival Muzik Kuala Lumpur 2013.

Kenali LOKA dengan lebih dekat dengan melayari laman sosial mereka ya:

Facebook : https://www.facebook.com/lokaband
Twitter : https://twitter.com/LokaBand
Youtube : https://youtube.com/OfficialLokaBand

dan jangan lupa untuk melayari laman sosial Life Records

Facebook : https://www.facebook.com/liferecordsmalaysia
Twitter : https://twitter.com/liferecordsMY
Youtube : Life Records Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Klip Yuka Karisma Kita Harus Percaya

Betul Ke Jimmy Shanley Sudah Kahwin Dengan Janda Kaya?