in

“Liza Hanim, Kamu Layak Jadi Juara,” – Hetty Koes Endang

“Persembahan yang cukup bagus, kamu layak jadi juara.”

Demikian komen legenda seni Indonesia, Hetty Koes Endang selepas persembahan bertenaga penyanyi, Liza Hanim yang menyanyikan lagu My Heart Will Go On (nyanyian asal Celine Dion) di pentas akhir All Stars Gegar Vaganza.

Persembahan pusingan pertama tersebut juga mendapat standing ovation daripada Hetty yang menyifatkan nyanyian Liza cukup hebat.

Liza yang merupakan peserta hot seats itu juga mendapat pujian daripada ratu rock negara, Ella yang kagum dengan suara dan mengakui emosi dengan persembahan tersebut.

“Saya peminat awak, Liza. Semoga malam ini akan menjadi permulaan kerjaya yang hebat dan bersinar di masa depan,” komen penyanyi Nuri itu.

Menyambut pujian tersebut seorang lagi juri, Datuk Syafinaz Selamat yang mengingatkan Liza sebagai salah seorang penyanyi hebat negara.

Selain Liza, pentas akhirnya All Stars Gegar Vaganza turut menyaksikan Azharina, Jazlyn Victor, Hady Mirza, Naqiu, Tomok, Siti Nordiana dan Nikki Palikat.-

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Busana Azharina di GV Disamakan Dengan ‘Octopus’ & Limau Bali

JACLYN VICTOR

Tahniah! Jaclyn Victor Dinobat Jadi Juara All Stars Gegar Vaganza