in

Liyana Jasmay Rakam Lagu Aku Tak Percaya Cinta

Seronok bila menatap nama pelakon yang bakal menggegarkan tahun 2009 ini, Liyana Jasmay tersenarai dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular. Bukan calang-calang orang dan Budiey mengeleng kepala bila mana dapat bersaing dengan pelakon yang lebih gah darinya seperti Erra Fazira, Maya Karin dan Vanidah Imran. Tapi bagi budak yang petah berkata ini, dia tak kisah dan bila dah ada dalam Top 5 tu pun dah kira alhamdulilah, syukur!

Untuk info pembaca, Liyana sekarang ini sedang berjinak-jinak dengan bidang nyanyian pulak. Single pertamanya yg berjudul Aku Tak Percaya Cinta, Budiey dah dengar, memang happening lagu dia.

Terkini, Budiey nak ucap tahniah sebab Liyana juga telah dipilih sebagai jurucakap Maybelline New York. Menurut Maybelline pemilihan ini dibuat berdasarkan personalitinya yang penuh keremajaan, berkeyakinan tinggi, trendi serta mempunyai ciri-ciri yang berkualiti untuk menjadi duta Maybelline. Pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan persembahannya bersama Suria FM Road Tour di Kuantan pada Sabtu ini.

Suka merah

Bila dah dapat awards, jangan lupa diri

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. Tahniah Liyana kerana berjaya masuk top 5 ABP.Rasanya kali ni memang peluang cerah.Bukan calang – calang pelakon tu saingan.Terutama Erra Fazira.Kalau tak silap dulu Liyana pernah brlakon jadi anak Erra dalam filem Castello kan…Wah! sekarang dah sama ‘level’…..dengan Primandona Filem selamanya tu;-) All the Best kalau nak jadi penyanyi pula:-) Walaupun tak minat, tapi kagum dengan bakat lakonan Liyana sejak kanak – kanak lagi…

  2. hai!!!!!!!!!!!mmg la liyana nie gdik,tp mne la ade gdik sgat……….kalo nk diikutkan,smua org kt dunia nie gdik….sbab ape ak kte cmtu…sbab,kalo x gdik,x kn org kt dunia nie kawin…………….

  3. cukup la sekadar ak ckp ak suka liyana jasmay…
    gedik ke tak gedik ke..ak suke gak..
    wat muke pape pn tetap comey..
    ak jeles tngok membe ak dapat blakon ngan dye…kat cite KAMI..
    masa scene liyana amek duit hasil jual ‘barang’ kat mat kereta…
    dak tu kim salam kat ko liyana…

    p/s: ak mmg minat ko liyana ekeke~~

  4. UMUR SAYA BARU 12 TAHUN.SAYA MINAT AKAK SEBAB AKAK COMEL DAN BAIK.LAGU AKAK MEMANG BEST.BILA SAYA NYANYI,KAWAN SAYA CAKAP SAYA GILA.AKAK CANTIK DARIPADA SAYA.BYEEEE……

  5. k.yana mmg c0ol ar..bex gile lgu ak x p’cye c!nta 2!!!saLute sme akak ;D
    lak0nan akak p0n mnTap..
    tr0x kn p’juangan..
    u g0 gUrL!!!
    kasik gEgAr duNia!!!

  6. hai kak liyana…. khalyda suka sangat dengar kak liyana menyanyi. suara pun sedap……. n kak liyana cute pulak tu… semoga berjaya dlm bidang lakonan dan nyanyian. gud luck!!!!!!!!!!!

  7. akak liyana mmg lawa…….fatin ske sangat ngan akak..lgi2 klu akak nyanyi lagu terbaru akak tu.fatin doakan akak supaya akak berjaya dlm bidang seni k………GoOd lUcK

  8. pada pendangan aku… liyana ni masih ada kekurangan dari segi lakonan apatah lagi nyanyian. dia perlu berusaha dengan lebih keras lagi untuk memperbaiki kelemahan yang ada. menerusi filem papadom, walaupun dia telah dinobatkan anugerah, itu adalah rezekinya, namun dia sebagai watak miasara ada sedikit “gedik” dan wataknya sebagai anak perempuan seperti mahu buat2 comel. kalau kita perhati betul2, kita dapat bezakan antara pelakon yang memang comel wataknya (cth nora danish) atau pelakon yang buat2 comel dalam wataknya.so, pada saya liyana adalah pelakon yang buat2 comel. walau bagaimanapun, tahniah.

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

MinnalFM Stesen Radio Tamil RTM Perkenal Segmen Baru

Raja Azura, Azfar OIAM, Ikhwan Hotfm Dalam Friskies… Meow Belai Si Comel