in ,

Liyana Jasmay Mahu Berbulan Madu Selama Setahun

Liyana Jasmay Nak Honeymoon Selama Setahun

Mengenai perancangan mempunyai cahaya mata, Liyana berkata dia dan suaminya membuat keputusan mahu berbulan madu dahulu buat masa ini. Memandangkan sewaktu bercinta dulu, mereka berpisah selama enam bulan kerana Liyana melanjutkan pelajaran ke New York.

Tambahan, usai saja majlis resepsi nanti, pasangan ini akan berangkat ke New York kerana Liyana akan menjalani penggambaran di sana. Sambil-sambil itu mereka akan mengambil peluang berbulan madu. Namun mereka tidak menolak kalau Tuhan mengurniakan rezeki dalam masa terdekat ini.

“Kami tak merancang soal anak, cuma kalau boleh kami nak honeymoon dulu dalam setahun ker… Sebab masa bercinta dulu kami berpisah selama enam bulan. Jadi kami mahu jalani kehidupan berdua dulu. Tapi kalau ditakdir ada rezeki (anak), kami tak menolak.”

Selain New York, Liyana dan Fathuddin akan singgah di London dan menghabiskan masa beberapa hari di sana. Dan sekembali ke Malaysia nanti mereka akan menyambung bulan madu di sebuah pulau di Sabah.

Kata Liyana sambil menjeling manja ke arah suaminya.

“InsyaAllah, dari New York kami akan singgah di London, shopping. Dia tak suka shopping sebenarnya, dia kata tu bukan bulan madu. Mungkin balik Malaysia nanti kami akan cari pulau yang cantik di Sabah untuk berbulan madu.”

“Pulau yang tak ada kedai!”, celah Fathuddin sambil tergelak.

Video Sekitar Majlis Akad Nikah Liyana Jasmay:

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Suami Liyana Jasmay Tidak Peduli Dengan Gossip & Kontroversi

Psy Dibayar RM2Juta Perform di Rumah Terbuka Chinese New Year Pulau Pinang