in

Living With A Superstar Shah Rukh Khan Di TV1

RTM Kongsi Kisah Peribadi Shah Rukh Khan Dalam Living With A Superstar Shah Rukh Khan Di TV1

Khas buat penonton setia salurannya, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghadiahkan tayangan khas siri superstar Bollywood Shah Rukh Khan yang secara eksklusifnya berkongsi dunia peribadi bintang popular seluruh dunia itu.

Program Living With A Superstar Shah Rukh Khan yang telah pun mula bersiaran 8 Mei lalu menemui penonton setiap Ahad, jam 3.05 petang di TV1 ternyata menerima sambutan baik penonton yang sebelum ini teruja mahu mengetahui kisah peribadi bintang pujaan yang telah menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob ke-70, tahun 2008 lalu.

Penganugerahan itu sekaligus menjadikan Shah Rukh Khan, yang dilahirkan di New Delhi pada 2 November 1965, artis Bollywood pertama bergelar Datuk. Anugerah yang diterima bagi mengenang jasa Shah Rukh Khan dalam bidang seni dan perfileman di peringkat antarabangsa, termasuk di Malaysia.

Sepanjang 10 episod siarannya, Shah Rukh Khan yang terkenal menerusi filem Kuch Kuch Hota Hai (1998) mempunyai ijazah sarjana dalam bidang komunikasi dari Jamia Millia Islamia University itu berkongsi format televisyen yang unik dimana untuk pertama kalinya, penonton dibawa ke dalam dunia peribadi dan eksklusif Shah Rukh Khan.

Program ini menyajikan penonton dengan mengintip ke dalam kehidupan superstar itu dan sekaligus mengetahui pengalaman seumur hidupnya. Malah turut dipaparkan aspek kehidupan peribadinya yang selama ini tidak pernah sekalipun dengan peminatnya.

Penonton disajikan dengan relaliti kehidupan seharian yang lengkap Shah Rukh Khan bersama keluarga ketika masa bercuti, hubungan dengan isterinya, adik-beradik, anak-anak dan teman-temannya dalam program khas yang diarahkan oleh pengarah terkenal Samar Khan.

Siri ini pastinya bakal mengubah seni membuat filem dokumentari dimana ia membolehkan penonton televisyen menjadi sebahagian dari kehidupan superstar dan saksi saat-saat paling peribadi dan kehidupan peribadi rutin seharian.

Seterusnya menerusi program ini turut menyoroti pengalaman Shah Rukh Khan sebagai duta jenama untuk produk, penglibatannya dalam filem Nama Saya Khan dan caranya bekerja dengan krew penerbitan filem yang bekerja untuknya.

Pastinya penonton bertuah kerana menerusi program ini, Shah Rukh Khan membongkar rahsia bagaimana cara dirinya bertindak untuk merencana visi dan masa depannya kelak. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bintang hebat ini, pastikan anda meluangkan masa hujung minggu menyaksikan Program Living With A Superstar Shah Rukh Khan setiap Ahad, jam 3.05 Petang di TV1.

My Name Is Khan -Shah Rukh

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Sejadah Kaabah & Utusan Ilahi TV3

Nur Kasih The Movie Meruntun Rasa & Jiwa