in

Lite FM Anjurkan Kempen Make a Wish Malaysia

Selain memainkan muzik klasik sepanjang hari atau lebih popular dengan tagline “Playing Classic Hitz All Day” turut berkongsi dan memupuk kebahagiaan dan kasih sayang kepada para pendengar. Baru – baru ini, radio klasik Lite FM telah menunaikan permintaan seorang rakyat Malaysia dalam menjayakan kempen “Make a Wish Malaysia” .

Dengan adanya kempen sebegini, Lite FM telah berjaya menunaikan hasrat seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang bernama Hui Xin. Acara yang berlangsung pada Sabtu lepas (26 April 2014) di The Majestic Hotel Kuala Lumpur menyaksikan impian Hui Xin untuk menjadi seorang puteri seperti di dalam watak Disney, kerana Puteri Elsa di dalam filem Frozen itu merupakan watak kegemarannya.

Lite FM

Kempen “Make A Wish Malaysia” telah menjayakan hasrat Puteri dengan meraikan ulangtahun kana-kanak tersebut yang ke 10 tahun. Hui Xin telah menerima hadiah dari pendengar dan juga berpengalaman menjadi seorang Puteri untuk seharian dengan dilengkapi rekaan – rekaan seperti di dalam sebuah istana.

Hajat Si Comel Berusia 10 Tahun Menjadi Seorang Puteri Di Istana Tercapai!

“Make A Wish Malaysia” yang dianjurkan oleh Lite FM telah membuka peluang kepada pendengar untuk mengutarakan hajat mereka bermula Sabtu lalu 31 Mac 2014, dan berakhir pada 27 April 2014 lalu. Pendengar telah diminta untuk melayari lamab web Lite FM di www.litefm.com.my untuk mengemukakan hajat mereka (sesuatu yang mereka sentiasa mahu melakukan atau mahu lakukan untuk orang lain).

Hajat kanak- kanak berumur 10 tahun itu telah dipilih oleh pihak Lite FM untuk menjadikan beliau sebagai seorang Puteri seperti di dalam filem Frozen. Jumlah penyertaan sepeanjang kempen ini hampir mencecah 2000 penyertaan.

Selain daripada menyempurnakan hasrat si kecil Hui Xin menjadi kenyataan, Lite FM juga menunaikan beberapa hajat pendengar yang lain. Antara hajat yang ditunaikan adalah seperti berikut:

  1. Membeli 10kg ayam dan 10 bungkusan beras diberikan kepada tempat perlindungan pelarian untuk pendengar yang bekerja rapat dengan mereka tetapi tidak mampu untuk membeli makanan.
  2. Memberikan suatu hasrat kepada seorang gadis untuk melihat neneknya yang telah mati untuk terbang dalam kapal terbang untuk pertama kali.
  3. Membawa kanak-kanak di rumah anak yatim melawat taman burung.
  4. Mendapatkan projektor untuk seorang guru secara sukarela untuk mengajar Bahasa Inggeris di sebuah perkampungan kecil di Perak.
  5. Membeli telefon bimbit untuk seorang lelaki yang bekerja di atas bot. Telefon bimbit dan membenarkan dia berbual melalui video untuk melihat anak beliau yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Aaron Pinto, Pengurus Rangkaian Kandungan Astro Radio ada berkata:

“Kami gembira kerana dapat membantu beberapa pendengar kami. Dengan memakbulkan kemahuan mereka juga, telah membuatkan kami sedar betapa sukarnya beberapa pengalaman hidup pendengar di luar sana. Sambil itu, secara tidak langsung kita akan belajar supaya tidak pernah melepaskan bermimpi. Kita akan terus menyebarkan kebahagiaan dan harapan kepada semua pendengar kami dengan berkongsi kehidupan dan cerita benar masyarakat.”

Untuk keterangan lanjut sila layari laman web Lite FM di www.litefm.com.my

Lite FM

Lite FM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KRU & TGV Pictures Atur Strategi Pemasaran

Sekitar Rio To Malaysia & Wayang Padang di Kerteh Terengganu