in ,

KRU & TGV Pictures Atur Strategi Pemasaran

Kumpulan Syarikat KRU dan TGV Cinemas mengumumkan kerjasama strategik dengan ikatan perjanjian pengedaran filem untuk jangka masa setahun di mana TGV Pictures Sdn Bhd dipertanggung-jawabkan untuk memasar dan mengedarkan kesemua filem yang diterbitkan; serta filem asing yang dilesenkan oleh Kumpulan Syarikat KRU bagi tayangan di pawagam seluruh tanahair.

KRU & TGV Pictures Atur Strategi Pemasaran

Terdapat beberapa entiti perniagaan dibawah naungan Kumpulan Syarikat KRU yang terlibat di dalam produksi filem tempatan dan perlesenan filem asing, di antaranya adalah:

1) KRU Studios – dikenali dengan genre filem bertemakan aksi, fantasi, muzikal dan pengembaraan sarat dengan kesan khas visual (CGI) seperti “Vikingdom”, “Hikayat Merong Mahawangsa” dan “Cicakman”.

2) Showbiz Productions – filem-filem komersial yang bergenre komedi, “creature-feature” dan seram seperti “Hantu Kapcai”, “Ular” dan “Kahwin 5”.

3) United Studios – syarikat yang terlibat didalam penjualan dan pengedaran filem dipasaran antarabangsa dan telah mengedarkan filem-filem seperti “Planet 51”, “Sunshine Barry & The Disco Worms” dan “Haq”.

4) Kartun Studios – sebuah studio animasi yang bakal dilancarkan tidak lama lagi dan tertumpu kepada penerbitan filem-filem Animasi 2D dan 3D.

Selaras dengan strategi korporat KRU untuk memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti perniagaan terasnya di peringkat domestik dan antarabangsa, KRU yakin kerjasama strategik ini dengan TGV Pictures sebagai pengedar filem di pasaran tempatan akan menyumbang ke arah peningkatan prestasi kutipan box office filem.

KRU & TGV Pictures Atur Strategi Pemasaran

Menurut Norman Abdul Halim, Presiden Eksekutif Kumpulan Syarikat KRU:

“Kutipan box office bagi filem-filem tempatan secara keseluruhannya semakin merosot sejak 2012 dan berada ditahap yang membimbangkan. Industri perfileman perlu melakukan perubahan drastik dan pihak kami percaya pihak TGV Pictures dapat membantu mencapai matlamat itu. Mereka berurusan dengan penonton di pawagam setiap hari dan pastinya lebih arif tentang situasi sebenar diperingkat akar umbi. KRU amat menitikberatkan keterperincian dalam menghasilkan filem-filem tempatan dan antarabangsa yang berkualiti. Dengan pengkhususan tugas TGV Pictures dalam bidang pengedaran, pihak kami yakin bahawa mereka adalah rakan pengedar yang paling terbaik bagi kami.”

TGV Pictures Sdn Bhd merupakan sayap pemasaran dan pengedaran filem terbaru TGV Cinemas yang dipertanggungjawabkan untuk membawa filem-filem yang berkualiti dari dalam dan luar negara untuk pasaran tempatan. Ketua Pegawai Eksekutif TGV Pictures, Gerald V. Dibbayawan turut berasa teruja dengan kerjasama ini.

“KRU Studios terkenal sebagai peneraju dalam industri perfileman tempatan dan telah menghasilkan beberapa filem berperingkat antarabangsa termasuk filem antarabangsa pertama terbitan tempatan iaitu Vikingdom.”

“Sebagai salah satu pemamer terkemuka di Malaysia dan arif tentang citarasa penonton, TGV Cinemas memanfaatkan peluang ini dalam inisiatif pemasaran filem untuk merapatkan jurang di antara para pengeluar dan penonton filem. Oleh itu, perkongsian ini dengan KRU adalah sebahagian daripada usaha bersepadu TGV Pictures dalam menyokong dan menggalakkan perkembangan industri perfileman tempatan. Kerjasama ini hanyalah satu permulaan yang baik dan selaras dengan matlamat TGV Pictures dalam mempelbagaikan kandungan serta mempertingkatkan pembangunan pasaran pemameran di Malaysia.”

Antara filem-filem yang akan dikeluarkan dibawah kerjasama ini adalah “Dendam Orang Mati” (Lisa Surihani, Fizz Fairuz), “Mat Tudung” (Fizz Fairuz, Nelydia Senrose, Izzue Islam), “Ribbit” (versi Bahasa Inggeris – Sean Astin, Tim Curry, Russell Peters, Versi Melayu – Johan Raja Lawak, Awie, Elfira Loy), “Puaka Balai Gombak”, “Stranded” (Christian Slater), “Cicakman 3” (Zizan Razak, Lisa Surihani, Fizz Fairuz).

KRU & TGV Pictures Atur Strategi Pemasaran

TAJUK FILEM

Tajuk Filem : Dendam Orang Mati
Logline : Lena yang hilang ingatan cuba menjawab teka teki dari
perantaraannya dengan makhluk halus yang menghantui di
Tingkat 4!
Bahasa : Bahasa Malaysia
Genre : Seram
Pelakon : Lisa Surihani, Fizz Fairuz
Pengarah : Jason Chong (Belukar, Ular)
Terbitan : KRU Studios

Tajuk Filem : Mat Tudung
Logline : Johari, seorang mat rempit tua sanggup menyamar sebagai wanita semata-mata untuk memenangi hati seorang gadis berhijab yang sukar untuk didekati, tapi malangnya dia turut digilai oleh seluruh ahli keluarga Zizie yang lain.
Bahasa : Bahasa Malaysia
Genre : Komedi
Pelakon : Fizz Fairuz, Nelydia Senrose, Izzue Islam
Pengarah : Wan Hafiz (Hantu Tok Mudim, Puaka Balai Gombak)
Terbitan : Showbiz Productions

Tajuk Filem : Puaka Balai Gombak
Logline : Sekumpulan pengkaji paranormal yang berterusan
mempertikaikan kewujudan entiti makhluk halus di beberapa
lokasi yang terkenal dengan misteri seram akhirnya berdepan dengan cabaran terbesar mereka di sebuah balai polis yang terbiar di Gombak.
Bahasa : Bahasa Malaysia
Genre : Seram / Mockumentary
Pelakon : “Puaka X”
Pengarah : Wan Hafiz (Hantu Tok Mudim, Mat Tudung)
Terbitan : Showbiz Productions

Tajuk Filem : Ribbit
Logline : Seekor katak yang mengalami krisis identiti mengembara di hutan dalam pencarian halatuju hidupnya yang sebenar; menyedari bahawa menjadi seekor katak yang beracun adalah lebih baik dari menjadi seorang putera raja.
Bahasa : Bahasa Inggeris & Bahasa Malaysia
Genre : Animasi / Komedi / Pengembaraan
Pelakon : Sean Astin, Russell Petrs, Tim Curry (Bahasa Inggeris)
Johan Raja Lawak, Elfira Loy, Awie (Bahasa Malaysia)
Pengarah : Chuck Powers
Pengarah Versi BM : Mamat Khalid
(Alih Bahasa)
Terbitan : KRU Studios, Crest Animation & Kartun Studios

Tajuk Filem : Stranded
Logline : 4 angkasawan yang terpinggir didalam kapal angkasa mengalami gangguan makhluk halus selepas ribut meteor yang membawa kepada paranoia, ketakutan dan kematian.
Bahasa : Bahasa Inggeris
Genre : Sci-Fi / Seram
Pelakon : Christian Slater, Brendan Fehr, Amy Matysio
Pengarah : Roger Christian (Underworld, Battlefield Earth)
Pemegang Hak : United Studios

Tajuk Filem : Cicakman 3
Logline : Peminat No 1 Cicakman memikul tanggungjawab terbesar dalam meneruskan legasi “superhero” di Metrofulus demi memenangi hati anak lelakinya, Boboi dan isteri yang ingin berpisah dengannya, Linda
Bahasa : Bahasa Malaysia
Genre : Aksi / Komedi
Pelakon : Zizan Raja Lawak, Lisa Surihani
Pengarah : Yusry KRU (Hikayat Merong Mahawangsa)
Ghaz Abu Bakar (Hantu Kapcai)
Terbitan : KRU Studios, Grand Brilliances & Astro Shaw

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Adam AF & Fiza Elite Bercerai Talak Satu

Lite FM Anjurkan Kempen Make a Wish Malaysia