in , ,

Lisa Pegang Takhta Bintang K-Pop Paling Ramai Pengikut Di IG

Sila ke tepi Chanyeol EXO! Kini takhta bintang K-Pop paling ramai pengikut di Instagram disandang ahli kumpulan Blackpink, Lisa! Beliau kini mencatatkan jumlah pengikut seramai 17.8 juta dari seluruh dunia manakala Chanyeol ketinggalan satu juta pengikut daripada penyanyi wanita berasal dari Thailand itu.

Populariti Lisa naik mendadak bulan ini selepas Blackpink mengadakan persembahan di festival muzik Coachella 2019 dan konsert jelajah mereka di negara Uncle Sam itu.

Lisa

Sementara itu, rakan sekumpulan Lisa, iaitu Jennie menduduki tangga kelima artis K-Pop paling ramai ‘followers’ manakala Rose dan Jisoo masing-masing berada di tempat kesembilan dan ke-10 dalam carta tersebut.

Top Ten Bintang K-Pop Paling Ramai Pengikut Di Instagram:

1. Lisa Blackpink dengan 17.8 juta pengikut

2. Chanyeol EXO dengan 17.4 juta pengikut

3. G Dragon Big Bang dengan 16.3 juta pengikut

4. Sehun dengan 15.9 juta pengikut

5. Jennie Blackpink dengan 15.1 juta pengikut

6. Baekhyun dengan 14.7 juta pengikut

7. Jackson dengan 13.3 juta pengikut

8. Taeyeon dengan 13.2 juta pengikut

9. Rose Blackpink dengan 13.2 juta pengikut

10. Jisoo Blackpink dengan 12.7 juta pengikut

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anggun Bergaya Lebih Moden! Toyota Yaris Serba Baru Dilancarkan Di Malaysia

Awie Cabar Peminat Datang Konsert Laksamana Metal 2019 Dua Generasi Pakai Baju Pendekar