in , , ,

Awie Cabar Peminat Datang Konsert Laksamana Metal 2019 Dua Generasi Pakai Baju Pendekar

Bersempena dengan Konsert Laksamana Metal 2019 Dua Generasi, Wings x Bunkface yang bakal dijayakan pada 4 Mei ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), vokalis kumpulan Wings, Datuk Awie mencabar semua peminat agar hadir berpakaian seperti pendekar Melayu.

Wings

Menurut Awie, walaupun konsert ini berkonsepkan rock dan metal namun dia mahu menerapkan akar umbi orang Melayu dalam persembahan yang dijayakan mereka nanti. Selain Awie, Wings turut dianggotai Edrie, Eddie, Sham dan Black. 

Mungkin ada sebab tersendiri Wings mengajak peminat yang bakal menghadiri Konsert Laksamana Metal 2019 Dua Generasi Wings X Bunkface, 4 Mei depan, untuk sama-sama mengenakan pakaian tradisional Melayu.

Wings hadir berkata di depan media semasa Majlis sidang media Konsert Laksamana Metal 2019 Dua Generasi, Wings x Bunkface di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur semalam. 

Konsert Laksamana Metal 2019 Dua Generasi Wings X Bunkface

Yang pasti, persembahan mega dengan konsep busana kembali ke zaman silam bakal mencetuskan kelainan apabila menonjolkan muzik rock berlatarkan elemen tradisi lama. Tak pernah lagi dibuat orang kan?

“Saya galakkan penonton pakai baju seperti pendekar Melayu untuk berhibur dengan kami. Ini bukan satu kemestian tapi saya nak tengok beranai ramai peminat Wings yang berani menggayakan imej tersebut sambil dihiburkan dengan muzik rock dan metal. 

“Siapa yang hadir berpakaian paling cantik, kami ada sediakan hadiah untuk tujuan itu. Hadiah tidak boleh diumumkan lagi. Kena datang konsert dulu baharu tahu. Ini merupakan salah satu usaha kami untuk mencantikkan lagi konsert ini,”


– Awie
Konsert Laksamana Metal 2019 Dua Generasi Wings X Bunkface

Awie selaku penganjur konsert menerusi syarikatnya, Awie Entertainment Sdn Bhd berkata Wings menjanjikan kelainan dalam konsert kali ini bagi menghargai sokongan peminat sejak mereka menceburkan diri dalam industri 34 tahun lalu. 

Selain konsep bakal ditampilkan, majlis berkenaan turut mendedahkan rekaan pentas dan persediaan dilakukan bagi menghadapi hari bersejarah mereka nanti.

Sesuai busana digayakan, set rekaan pentas turut ditonjolkan secara berseni dengan mengambil latar belakang gelanggang silat, antara cabang seni mempertahankan diri warisan Melayu, sekali gus melengkapkan keseluruhan tema.

“Tahun depan Wings dah 35 tahun, itu bukan suatu tempoh yang sekejap. Jadi, kami ingin hadiahkan sesuatu buat peminat yang setia menyokong. Antara kelainan yang kami janjikan ialah kami akan mainkan lagu Wings yang sebelum ini tidak pernah kami mainkan secara live. 

“Untuk persediaan konsert kali ini kami sangat bekerja keras, kalau selalunya kami akan berlatih selama empat jam namun untuk konsert ini kami berlatih lebih daripada empat jam sehari bagi memastikan semuanya berjalan lancar kelak,”

– Wings

Sementara itu, Bunface yang dianggotai Sam, Paan dan Youk berkata mereka cukup bangga apabila dipilih bersama-sama menjayakan persembahan dengan kumpulan legend yang juga merupakan idola mereka. 

“Pada 2020 nanti Wings bakal meraikan ulang tahun ke-35. Sudah tentu kami mahu jenama Wings terus terpahat kukuh di hati peminat, selain berhasrat meraikan ulang tahun kami dengan menjelajah beberapa bandar.

“Setakat ini kami bakal bergerak ke Pulau Pinang, Batu Pahat, Johor dan Jengka, Pahang. Kami juga berharap dikurniakan kesihatan dan tenaga kerana siapa tahu, selepas 10 atau 15 tahun, Wings akan bersara? Sebelum tutup buku, kami mahu meninggalkan legasi untuk generasi seterusnya, termasuk konsert Laksamana Metal ini supaya ia jadi tanda ingatan buat semua. Memang kami mahu setiap konsert kami unik dan berbeza daripada sebelumnya,”

– Awie
Konsert Laksamana Metal 2019 Dua Generasi Wings X Bunkface

“Walaupun genre muzik kami berbeza tapi muzik itu luas. Kami sangat berbangga diberi kesempatan berada satu pentas dengan Wings. Kami akan buat kelainan dengan menyanyikan lagu Wings dan begitu juga Wings akan menyanyikan lagu kami. 

“Kami dah tak sabar nak jayakan konsert ini jadi jemput datang beramai-ramai,”

– Sam

Sementara itu, tiket berharga RM150 untuk kawasan berdiri dan RM450 (duduk) dijual secara manual oleh syarikatnya sendiri di bawah edaran ejen sah bagi mengelakkan penipuan atau isu berbangkit.

Sebagai tambahan, pembeli tiket RM450 berpeluang menyaksikan sesi latihan akhir sehari sebelum konsert, selain menikmati jamuan ringan dan membawa pulang barangan premium Wings. Seribu pembeli pertama tiket RM150 pula bakal menerima barangan istimewa.

Tempahan tiket boleh dibuat menerusi ejen kelab peminat Sayap-Sayap Wings atau dapatkan maklumat lanjut menerusi Instagram @sayap2wings dan Facebook Sayap-Sayap Wings.

Konsert Laksamana Metal 2019 Dua Generasi Wings X Bunkface
Tiket konsert berharga RM150 dan RM450 (akses ke sesi soundcheck) boleh didapati dengan melayari laman Instagram @sayap2wings dan Facebook Sayap-sayap Wings atau hubungi hotline 019-7082871.


Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Blackpink

Lisa Pegang Takhta Bintang K-Pop Paling Ramai Pengikut Di IG

Hafiz Suip Bercumbu Mesra Dalam Video Muzik KISAH CINTA KITA