in ,

Uyaina Arsyad Mohon Maaf, Siar Lirik Lagu Lucah di Instagram

Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad memohon maaf kerana tidak perasan lirik lagu yang dinyanyikan mempunyai unsur lucah.

“First of all, Yana nak mintak maaf. Tadi Yana buat satu posting untuk buat giveaway iPhone kepada followers Yana.

Sayang sekali Yana gunakan lagu ini sebagai musicnya tanpa memahami lirik disebalik lagu ni. At first, betul-betul ingat ni bukan Bahasa Inggeris. Sebab bunyi dia aneh.”

Pelakon Love Elsa ini juga menjelaskan ada temannya yang menegur tentang lirik disebalik lagu tersebut. 

UYAINA

Tanpa membuang masa, Uyaina mengambil keputusan memadam posting tersebut dan menjelaskan hal sebenar. 

“Kepada followers Yana semua, Yana mintak maaf. Nanti bila dah tukar music (takde complicit lirik macam ni definitely) Yana akan buat posting untuk giveaway iPhone tu esok ya.

Sekali lagi, Yana mintak maaf ya. Harap kita semua belajar dari benda ni terutamanya untuk diri Yana sendiri!”

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ibadah Korban Kini Lebih Mudah Dan Selamat Dengan IKHLAS

Filem CHOMEL Lakonan Zahiril Adzim Angkat Tema Kasih Sayang Antara Manusia & Kucing