in ,

Lirik Lagu Kumpulan EUREKA – KAMU

Kumpulan EUREKA merupakan sebuah band yang ditubuhkan pada awal 2014 dan dianggotai 3 orang ahli terdiri daripada Haris (Vokal/Gitar), Joy Fikri (Bass), dan Raja (Drum) yang masing2 aktif sebagai pemuzik di scene underground.

HALA TUJU MUZIK

• Moden Rock Komersial / Alternatif

MISI

• Menghasilkan karya muzik yang bermutu dan dapat diterima semua golongan di Malaysia, ingin berusaha ke peringkat yang lebih tinggi di dalam negara dan

juga di luar negara.

EUREKA

• EUREKA di dalam bahasa Greek adalah bermaksud penemuan idea positif di dalam satu pencarian, serta di konteks yang berlainan juga merupakan ‘satu pertembungan” dari arah yang berlainan bertemu di tengah-tengah yang men-

jadikan EUREKA.

LIRIK LAGU KAMU

Takkan pernah aku bicara
Tentang perasaanku kepada kamu
Meski ku yakin semuanya hanyalah rasa yang tiada makna
Mimpiku hanyalah kamu seperti selalu
Takkan pudar perasaanku

Tiada yang dapat ku lakukan
Untuk miliki kamu hingga akhir waktu

Mimpiku hanyalah kamu seperti selalu
Takkan pudar perasaanku
Tiada yang lebih bermakna memiliki kamu
Semuanya indah bagiku selalu

Hanya kamu saja yang selalu menyinari hariku

Mimpiku hanyalah kamu seperti selalu
Takkan pudar perasaanku
Tiada yang lebih bermakna memiliki kamu
Semuanya indah bagiku

Mimpiku hanyalah kamu seperti selalu
Takkan pudar perasaanku
Tiada yang lebih bermakna memiliki kamu
Semuanya indah bagiku selalu..selalu..selalu.

LAGU / SINOPSIS

  • Sebuah lagu yang memberi gambaran tentang perasaan cinta yang terpen- dam di dalam jiwa seorang lelaki terhadap seorang wanita yang selalu berada di persekitarannya tetapi tidak pernah berdamping untuk berbicara.
  • Pengisian lagu “KAMU” kali ini di saratkan dengan elemen-elemen yang boleh melahirkan identiti Eureka dan juga format mesra pendengar bagi menarik minat peminat muzik di semua peringkat usia khasnya di Malaysia.

HASIL KARYA

  • Lirik: Joy Fikri
  • Ciptaan: Joy Fikri
    RAKAMAN
  • Proses rakaman bermula dari awal hingga ke akhir berlangsung di E Studios

    Production di Petaling Jaya, di bantu oleh Raja Hafizee sebagai juru audio dan juga selaku pemain drum kumpulan Eureka.

  • Lagu ini mengambil masa 8 bulan untuk siap sepenuhnya dan prosesnya bermula dari peringkat demo sehingga ke rakaman instrument dan penyusunan muzik.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video SEPAHTU REUNION Trending di Youtube Malaysia

Sharifah Amani Model | 14

Sharifah Amani Hos Program Travelog FROM FRANCE TO ITALY