in ,

EUREKA Pertaruhkan Single Terbaru KAMU

EUREKA kembali mewarnai industri muzik tahun 2017 dengan single terbaru mereka berjudul “KAMU”.

“KAMU” merupakan taruhan terbaru kumpulan ini yang pastinya lebih dekat dengan jiwa pendengar. Lagu ini berkonsepkan balada, lagu dan lirik dicipta dan ditulis oleh Dailami, seorang komposer baru di dalam industri muzik tanah air.

Lagu ini berkisarkan tentang perasaan cinta yang mendalam seorang lelaki kepada wanita yang disukainya. Lirik “KAMU” secara keseluruhannya menggambarkan rintihan hati lelaki tersebut yang selama ini mencintai wanita tersebut di dalam diam.

Jpn_0172

EUREKA Pertaruhkan Single Terbaru KAMU

“Lagu ini dilhamkan dari kisah seorang rakan yang kami kenali dan lalu di ambil kisahnya sebagai jalan cerita. Kami kagum dengan perasaan yang wujud di situ kemudian cuba untuk mengeskpresikan rasa tersebut di dalam sebuah lagu” kata Haris (vokalis/gitaris)

“Lagu ini kami susun bersama dan juga mempunyai feel yang berat. Ianya mengambil masa 8 bulan untuk disiapkan, disaratkan lagi dengan pelbagai elemen yang kami rasa mampu untuk diketengahkan bagi melahirkan identiti Eureka itu sendiri”, kata Ijoy (pemain bass).

Proses rakaman bagi single “KAMU” dijalankan di E Studios Production, di Petaling Jaya bermula daripada peringkat demo, rakaman, sehingga ke proses adunan bunyi dan setiap anggota kumpulan Eureka menyumbang tenaga dan bekerja sama dengan baik di dalam menyiapkan lagu “KAMU” yang terdiri daripada Haris (Vokalis/Gitar), Joy Fikri (bassist) dan Raja (pemain dram).

Bernaung di bawah Stereoactive (Syarikat pengurusan) Eureka kini terikat dengan aktiviti promosi di media cetak dan eletronik bagi mempromosikan “KAMU” dan turut di dalam perancangan untuk menghasilkan muzik video “KAMU”.

“Kami berasa teruja dan tidak sabar untuk berkerjasama dengan semua pihak di dalam penggambaran muzik video dan juga mengalukan sebarang kolaborasi muzik dengan pihak luar. Terimalah lagu ini sebagai hadiah buat semua yang tidak jemu menyokong kami selama ini.” kata Haris (vokalis/gitaris) yang juga bekas anggota kumpulan Klangit.

Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 2015 sebelum ini pernah muncul dengan single pertama mereka yang berjudul “Kejari Pelangi” di awal tahun 2016.

Layari medium sosial berikut seperti Facebook, YouTube, Instagram, Twitter, bagi mengikuti perkembangan terbaru kumpulan Eureka dengan kata nama “Eurekaofficial”.

YouTube Kamu EUREKA (Official Lyric Video) https://youtu.be/rRu2cWkH10Q

SOSIAL MEDIA:
Facebook (Eurekaofficial)
Instagram (@eurekaofficial)
YouTube: (Eureka Official)
Twitter: (Eurekaofficial)

Jpn_9943

Raja Single

Harris Single

Ijoy Single

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hidap Kanser Usus, Wafa Abdul Kadir Makin Stabil

Video SEPAHTU REUNION Trending di Youtube Malaysia