in

Lirik Lagu DIA LYDIA Single Ke-2 KLANGIT

DIA LYDIA single ke-2 KLANGIT

Dia Lydia! Lydia! Lydia! Lydia!

Cinta yang suci juga lahir apabila dia berusaha untuk mencintai Lydia dan bukan mengharapkan kesempurnaan dari Lydia yang memang wujud secara azali. Kesempurnaan boleh diusahakan dan dikecapi melalui hati dan cinta yang suci…

Kumpulan KLANGIT, merupakan artis naungan syarikat rakaman SONY MUSIC MALAYSIA kini tampil dengan single ke-2 mereka bertajuk DIA LYDIA!

Dia Lydia adalah lagu yang membicarakan tentang bagaimana seharusnya lelaki memperlakukan gadis –gadis bukan hanya semata-mata gadis yang bernama Lydia.

Malah, lagu DIA LYDIA ini mewakili seluruh gadis yang di miliki dunia. Dia Lydia adalah menceritakan tentang seorang lelaki mencintai seorang gadis, lelaki yang tidak pernah berjanji,

Juga lelaki yang tidak pernah meninggikan dirinya untuk sanggup bersama-sama gadisnya sampai mati. Mungkin gadis yang dimaksudkan hanya khayalan ataupun kenyataan berdasarkan kisah silam atau gadis yang bakal di dampingi..atau juga seorang gadis yang tidak mampu dimiliki.

Kejayaan SESAL MENDUA yang merupakan single pertama mereka bersama Sony Music Malaysia membuktikan bahawa mereka masih mampu pergi jauh dengan aura yang tersendiri. Banyak juga pihak yang menganggap kumpulan KLANGIT ini merupakan artis dari seberang. Malah, ada juga peminat dari Malaysia bertanya bilakah KLANGIT ingin datang ke Malaysia dan sebagainya. Segala tanggapan mahupun spekulasi yang di terbangkan kepada mereka, langsung tidak mematahkan
semangat 3 anak muda Malaysia ini untuk bergerak terbang lebih jauh.

Lirik Lagu DIA LYDIA Single Ke-2 KLANGIT

Ternyata, kumpulan yang terdiri daripada anak Malaysia ini bersyukur kerana lagu pertama mereka yang menggunakan komposer bernama Panji telah melonjakkan nama mereka setelah 4 tahun menapak dalam industri.

Menurut Pengarah Urusan Sony Music Malaysia, Encik Adrian Lim,

“Pada mulanya pihak syarikat rakaman menerima lamaran kumpulan KLANGIT dengan persetujuan untuk sebuah single sahaja. Tetapi, dengan kejayaan lagu pertama mereka “Sesal Mendua” bersama pihak Sony Music Malaysia, dimana kejayaan ini juga sebenarnya di luar jangkaan kami. Apa yang membanggakan, muat turun nada dering Sesal Mendua juga sehingga kini sudah mencecah lebih 100,000 unit. Jadi, pihak kami membuat keputusan untuk menghasilkan sebuah lagu lagi untuk Klangit yang diberi tajuk DIA LYDIA.”

Tambah Encik Adrian Lim lagi,

“Untuk single kedua ini, Klangit masih lagi menerima sentuhan komposer yang sama iaitu Panji. Malah, konsep yang cuba dibawakan dalam single terbaru mereka juga masih lagi dikekalkan sama seperti Sesal Mendua…Cuma bezanya DIA LYDIA lebih rancak berbanding Sesal Mendua. Konsep tetap sama, tetapi muzik mereka intergritikan dengan sentuhan Zimi selaku produser untuk lagu DIA LYDIA. Kumpulan KLANGIT ini memang boleh pergi jauh…dan kita bakal meghasilkan album pertama untuk mereka, jika tidak ada halangan mungkin selepas Hari Raya.”

“Album itu juga bakal menampilkan lagu lagu seperti Sesal Mendua dan Dia Lydia serta beberapa lagi lagu yang menarik dan senang didengar oleh pendengar-pendengar radio tempatan.”

KLANGIT kini juga masih lagi sedang dalam rangka pembikinan album pertama mereka yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi.

Kepada peminat KLANGIT! Pasti anda semua ternanti-nanti lagu baru dari artis kesayangan anda ini, terimalah Dia Lydia!

Nantikan kemunculan muzik video DIA LYDIA yang bakal di lancarkan dalam bulan September/Oktober nanti!

TAJUK LAGU : DIA LYDIA

ARTIST : KLANGIT

LIRIK LAGU

Dia yang meliputi hati ku
Runtuhkan dinding sepi ku
Membuat ku lemas saat ku rindu

Dia adalah bunga tidur ku
Hiasan ruang jiwa ku
Membuat ku terganggu tapi ku tunggu

Dia Lydia! Lydia! Lydia! Lydia!

Tak mahu berandai dia jadi milik ku
Tak pernah berjanji akulah lelakinya sampai mati
Tengah ku buktikan hanya aku yang mampu
Sungguh-sungguh mencintainya

Dia bukan sekadar khayalan
Dia di hujung impian
Dan akan segera aku nyatakan

Dia Lydia! Lydia! Lydia! Lydia!

Tak mahu berandai dia jadi milik ku
Tak pernah berjanji akulah lelakinya sampai mati
Tengah ku buktikan hanya aku yang mampu
Sungguh-sungguh mencintainya

Tak mahu berandai dia jadi milik ku.
Tak pernah berjanji akulah lelakinya sampai mati
Tengah ku buktikan hanya aku yang mampu
Sungguh-sungguh mencintainya

Dia Lydia! Lydia! Lydia! Lydia!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Iklan Raya Astro 2012 Kisah Raya Erra Fazira

Filem Tanda Putera Bakal Ditayangkan 15 November 2012