in , ,

Lirik Infiniti Cinta Kaka Azraff & Zizan Razak

Anda semua dah tonton dan dengar lagu single duet Kaka Azraff dan Zizan Razak sebelum ini, Bawaku Pergi dan kali ini dua orang bersahabat baik di satu bumbung pengurusan ini telah menghasilkan sebuah lagi lagu bergabung meletop berjudul Infiniti Cinta. Banyak juga respon dan maklum balas peminat untuk lagu ciptaan Audi Mok dan Omar K ini.

Budiey tonton di Youtube setelah ianya dilancarkan secara rasmi pada 25 September lalu, dan Budiey tak sangka muzik video ini menjadi trending di media sosial dengan bilangan penonton video muzik ini sudah mencecah 246,000 lebih setakat hari ini. Ramai yang menonton mengakui muzik video ini setaraf dengan muzik video antarabangsa.

[pullquote align=”right”]Pastinya Budiey nak ucap tahniah buat pengarah muzik video ini iaitu Ghaz Abu Bakar yang tak pernah mengecewakan peminat. Budiey suka dengan intro klip video ini yang dibuat semacam parodi untuk filem Ratatouille (2007).[/pullquote]

Memang secocok watak yang dipegang oleh Zizan sebagai tukang masak yang menerima kritikan daripada pengkritik makanan di restorannya. Kisahnya bermula apabila seorang Chef (Zizan) yang dimarahi oleh seorang pakar uji masakan dan keesokan harinya berjaya menghasilkan hidangan luar biasa enak hasil cinta pandang pertama dengan seorang pelanggan di restorannya.

Benar kata pengarah muzik video itu, Ghaz Abu Bakar, dia mahu menyuntik mood lokasi seolah-olah di kota metropolitan New York dan terbukti menerusi hasil kreativitinya video yang turut dimuat naik menerusi laman sosial YouTube telah ditonton hampir 100,000 pelayar dalam tempoh lima hari.

Nak tahu kisah selanjutnya, korang semua kena tontonlah muzik video ini ya.

Merungkai tajuk lagu ini, Infiniti membawa maksud suatu kuantiti atau jumlah yang tidak terhingga. Begitu juga makna yang ingin disampaikan menerusi single terbaharu kolaborasi Zizan Razak dan Kaka Azraff, Infiniti Cinta, ia berkaitan perasaan sayang yang tiada penghujung, untuk selama-lamanya dan tak berhenti usaha untuk memenangi hati seseorang.

Adakah muzik video Infiniti Cinta dapat menandingi bilangan penonton untuk lagu Bawa Daku Pergi yang mencecah 4.6 juta tontonan.

Lirik Infiniti Cinta Kaka Azraff & Zizan Razak

Lirik Infiniti Cinta Kaka Azraff & Zizan Razak

[dropcap]B[/dropcap]ermula kutemu gadis berkaca mata
Comel anggun ayu cantik paras rupa jelita
Tinggi 5 3 laksana primadona
Terigau mimpi sini juga khayalnya ke sana
Pernahkah terdengar tiada dara yang renggang
Itu kisah ku dulu reputasi lamaku dulu
Seribu memurai usah satu pun kau percaya
Seribu menggadai kau satu sumpah setia

Cliche dihatiku kau bermaharajalela
Manifesto luput bila nafas henti hela
Tiada medan yang takkan kubanting yang kujuang
Demi seru kau sayang
Demi kau seorang
Demi seru kau sayang
Demi kau seorang

Korus:
Ucapkanlah kata-katamu dengan gurau sendamu
(Ku cuba menahan ketawa ku)
Jelaskanlah apa kau mahu, kan ku sedia menunggu
(apa yang ku rasa kau dah tahu)

Takkan ada lagi cinta yang setara
kau dan aku (2x)

Kan baru saja aku bilang
Ku mahu seru kau sayang
Hikayat kau aku
tanpa dua dan bayang-bayang

Diteraju kau dan aku
sutradara yang maha esa
tetap kau aku lintas bandar rentas desa
Dan apa pula kau mahu jelas satu-satu
Leraikan yang terbuku dan segala didadamu
Salam perkenalan yang diselami dua hasrat
Moga-moga kita kekal hingga ke akhirat
Seharusnya kita kekal hingga ke akhirat

Ulang korus

Apakah seorang raja tanpa permaisuri jelita di sisinya
Ibarat jantung tiada degupannya
Dan diri aku bisa jadi ratu kamu
(dan memang aku ratu aku)
Andainya kamu mampu buktikan padaku

Cinta bukan saja bukti
Ku uftikan cinta infiniti
Janji tak ditinggalkan tetapi ditepati
Kau istimewa tiada metafora setara
Jadi tiada metafora kerna kau tidak ketara
Tiada metafora kerna kau tidak ketara

[Ulang korus]

Satu satu aku mahu kamu
Dua dua hanya kita berdua
Tiga tiga bersama sama selamanya
(One more time!)
Satu satu aku mahu kamu
Dua dua hanya kita berdua
Tiga tiga bersama sama selamanya

Takkan ada lagi cinta yang setara
Kau dan aku.. kau dan aku

Ucapkanlah kata-katamu dengan gurau sendamu
Jelaskanlah apa kau mahu, kan ku sedia menunggu

Takkan ada lagi cinta yang setara
kau dan aku (2x)

Lirik Zizan Razak & Aris.
Komposer Audi Mok & Omar K

Lirik Infiniti Cinta Kaka Azraff & Zizan Razak

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. Lagu ni bagi aku biasa-biasa je. Cuma suara Zizan tu garau sangat, aku ingat ke mat salleh mana kan?

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

KL Gangster 2 Kutip RM1.2Juta di Hari Pertama Tayangan

Exclusive Interview With Jason Silva Host Brain Games