in

Liputan Menyeluruh Sukan Sea 2013 Myanmar di Astro Arena

Bertepatan dengan misi sebagai Nadi Sukan Malaysia, Astro Arena (Saluran 801) akan membawakan siaran langsung dan liputan menyeluruh untuk Sukan SEA 2013 yang akan berlangsung di Myanmar bermula dari 8 hingga 22 Disember 2013.

Para peminat sukan tanah air pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk merasai pengalaman tontonan terbaik kerana Astro Arena merupakan satu-satunya saluran yang akan menyiarkan liputan komprehensif Sukan SEA selama hampir 12 jam setiap hari yang melibatkan atlet tanah air secara langsung terus ke kaca televisyen penonton.

Azmy Abdul Rahman, Pengurus Saluran Astro Arena berkata, “Sukan SEA merupakan acara sukan utama yang sentiasa ditunggu oleh para peminat sukan di Malaysia dan kami akan membawakan liputan menyeluruh Sukan SEA 2013 di Myanmar yang bertemakan “Hijau, Bersih dan Persahabatan” (Green, Clean & Friendship) ini khusus untuk anda. Sejarah yang dilakar pada Sukan SEA 2011 di Palembang apabila kami berjaya mencatatkan kadar tontonan untuk perlawanan akhir bola sepak di antara Malaysia menentang Indonesia iaitu seramai 1.6 juta tontonan menjadi bukti dan inspirasi untuk kami terus memberikan yang terbaik kepada para penggemar sukan tanah air.

Kami begitu komited untuk memastikan seluruh negara dapat turut serta dalam merasai debaran dan juga kegembiraan setiap kali atlet negara bersaing dalam usaha menjulang nama negara. Sebagai Nadi Sukan Malaysia, kami juga memastikan masyarakat tempatan mendapat informasi serta liputan tepat, padat dan terkini. Ini terbukti apabila kami menghantar seramai 40 orang tenaga kerja dan krew lantas menjadikan kami sebagai kontinjen media terbesar yang akan berada di Myanmar bagi membawakan liputan meluas buat peminat sukan negara.

Selain itu, Astro Arena juga akan membawakan perkembangan terkini aksi atlet-atlet negara serta keputusan dan sorotan acara-acara sukan terkini secara langsung dari Myanmar. Kami percaya dengan segala usaha dan komitmen yang diberikan oleh tenaga produksi, kami dapat memenuhi keperluan tontonan rakyat Malaysia yang sentiasa inginkan perkembangan terkini kontinjen negara”, tambah beliau lagi.

Demi menghidangkan maklumat terpantas dan ulasan perlawanan secara langsung barisan pengacara Astro Arena iaitu Akbar Sahari, Hafizal Hamad dan Shaukei Kahar akan berkampung di Myanmar bagi membawakan kehangatan sebenar dari 25 gelanggang terpilih antaranya Stadium Wunna Theikdi, Stadium Zeyar Thiri, Stadium Aung San, Stadium Theinphyu, Stadium Bola Sepak Mandalar Thiri,

Kompleks Sukan Nasional Thuwana dan Pusat Konvensyen Myanmar. Selain itu, barisan pengacara dan pengulas sukan Astro Arena iaitu Dayang, Jannah, Syed Latif (Rod), Sharon Wee, Rizal Hashim dan Burn akan berada di tanah air untuk terus memberikan liputan menyeluruh selama lebih 150 jam sepanjang Sukan SEA berlansung.

Disamping Astro Arena, Astro akan turut menyajikan para penonton dengan aksi-aksi terbaik barisan atlit negara di Sukan SEA 2013 sepanjang hari dalam satu saluran khas iaitu saluran 802. Peminat-peminat sukan di Malaysia pasti tidak akan ketinggalan untuk menonton kesemua 11 kontinjen yang terdiri daripada pasukan Indonesia, Malaysia, Thailand, Singapura, Vietnam, Filipina, Laos, Myanmar, Kemboja, Brunei dan Timor-Leste dalam usaha untuk merebut 460 pingat emas melalui 34 acara sukan yang dipertandingkan menerusi program Bingkisan Sukan SEA 2013.

Sebagai tambahan, istimewa buat pelanggan Astro, anda juga boleh mengikuti sorotan terkini secara langsung Sukan SEA 2013 dari Myanmar melalui perkhidmatan Astro On-The-Go (AOTG). Kini, anda boleh menonton aksi-aksi hebat atlet negara melalui komputer riba, tablet dan juga telefon pintar pada bila-bila masa dan di mana jua.

Acara sukan tumpuan iaitu bola sepak akan membuka tirai Sukan SEA edisi ke-27 ini dengan perlawanan peringkat awal kumpulan A yang turut menempatkan pasukan Malaysia. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan kesemua perlawanan bola sepak di Astro Arena saluran 801 bermula pada 8 Disember ini dan tunjukkan sokongan anda terhadap pasukan Harimau Muda di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee. Adakah pasukan bola sepak negara mampu mempertahankan kejuaraan yang diraih selama dua edisi Sukan SEA sebelum ini? Sama-sama kita saksikan.

Selain daripada bola sepak, acara sukan lain seperti olahraga, akuatik, sepak takraw dan bina badan akan menjadi fokus utama untuk edisi kali ini. Astro Arena akan terus mengemaskini informasi dan keputusan untuk acara-acara sukan berkenaan serta kesemua acara yang dipertandingkan melalui liputan berita yang akan bersiaran setiap hari pada pukul 1.00 tengahari (15 minit), 7.30 malam (30 minit) dan 11 malam (30 minit). Nadi Arena pula akan menyampaikan laporan terkini setiap satu jam sepanjang hari. Manakala, sorotan laporan penuh harian akan bersiaran secara langsung setiap hari pada pukul 11.30 malam.

Oleh itu, pastikan anda mengikuti liputan Sukan SEA 2013 Myanmar yang terpantas, terkini, padat dan tepat pada setiap hari di Astro Arena (saluran 801) bermula daripada 8 Disember 2013. Ekspresikan sokongan anda dalam melestarikan sukan tanah air serta atlet negara di persada antarabangsa melalui Astro Arena, Nadi Sukan Malaysia.

Untuk sebarang maklumat lanjut atau ingin melanggani Astro, sila layari www.astro.com.my atau hubungi 1 300 82 3838.

Dayang

Dayang

Rizal Hashim

Rizal Hashim

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fesyen Tasha Shila di Anugerah Skrin 2013

Airasia Umum Fasa Kedua Kempen #toPHwithlove