in

Lindsay Lohan Diusir Dari Bar di New York

Selebriti terkenal penuh kontroversi, Lindsay Lohan dilaporkan telah diusir dari sebuah bar yang terletak di Greenwich Village, New York. Perkara tersebut dikatakan berlaku berikutan dia berkelakuan liar dan memalukan.

Kejadian bermula apabila Linday mengunci dirinya di sebuah tandas bar berkenaan selama 20 minit bersama adiknya Ali Lohan.

Ketika diminta keluar meninggalkan bar tersebut, penyanyi tersebut berubah menjadi garang dan liar. Lindsay turut dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pekerja bar tersebut.

Lindsay juga telah meludah wajah salah seorang pengunjung kelab tersebut yang berusaha meleraikan pertelingkahan itu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Angelina Jolie & Brad Pitt Ambil Anak Angkat dari Kemboja

Aiman Tidak Mahu Komen Tentang Putus Cinta Dengan Fathia