in

Angelina Jolie & Brad Pitt Ambil Anak Angkat dari Kemboja

Pasangan popular Hollywood, Angelina Jolie dan Brad Pitt mengambil seorang bayi lelaki berusia 16 bulan dari Kemboja sebagai anak angkat bagi menyertai keluarga besar mereka.

Jolie dikhabarkan berjanji untuk menyara keluarga bayi lelaki yang dikenali sebagai Allouy itu kerana tidak sanggup melihat keperitan ibu bapanya membesarkan 13 anak.

Pelakon wanita itu berhajat menjadikan bayi lelaki itu sebagai anak angkat ketika mengarahkan filem berjudul First They Killed My Father di Siem Reap, Kemboja.

Oscar

Sumber terdekat keluarga itu memberitahu, Jolie merahsiakan keinginan untuk mengambil bayi terbabit sebagai anak angkat daripada pengetahuan Pitt.

Ini kerana mereka sudah memiliki enam anak yang sedang meningkat remaja.

“Semua urusan pengambilan anak angkat dibuat secara rahsia. Jolie juga dikhabarkan berbelanja untuk membantu mengurangkan bebanan keluarga itu,” kata sumber kepada Radar Online.

Sebelum ini, Pitt dan Jolie mengambil tiga anak angkat iaitu Maddox, 15, dari Cambodia; Pax, 13, dari Vietnam dan Zahara, 11, yang berasal dari Ethiopia.

Jolie yang membintangi filem Maleficent dikurniakan tiga anak iaitu Shiloh Nouvel, Knox Leon and Vivienne Marcheline hasil perkahwinan dengan Pitt. – AFP

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelakon Nur Fazura Doakan Kebahagian Shaheizy Sam & Syatilla Melvin

Lindsay Lohan Diusir Dari Bar di New York