in , , ,

Linda Onn Pengacara Program TV Baru GLAMOR

BERSAMA PENGACARA SENSASI, LINDA ONN DALAM RANCANGAN HIBURAN BAHARU ‘GLAMOR’ SETIAP SELASA, JAM 9.00 MALAM DI RTM 1 BERMULA 15 JULAI INI.

‘Glamor’ sebuah rancangan hiburan berbentuk majalah bakal menemui penonton setia RTM1 mulai 15 Julai ini. Apa yang lebih menarik rancangan ini dikendalikan oleh pengacara, juruhebah radio, pelakon juga model terkenal Linda Onn. Rancangan hiburan ini pastinya membekalkan para penonton dengan informasi terkini dunia hiburan tanah air juga antarabangsa. 

Saban minggu, Linda Onn akan membawa para penonton menyusuri tiga segmen menarik iaitu segmen Nuansa, segmen Arena dan juga segmen Klik yang mana Linda Onn akan berbual bicara bersama artis undangan.

‘Glamor’ akan membuka tirai dengan segmen Nuansa dimana di dalam segmen ini ‘Glamor’ akan menemuramah selebriti terkenal tanah air seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Anuar Zain, Ziana Zain, Erra Fazira, Rabbani, Amy Mastura, Piere Andrea, Spider, Dafi, Rozita Che Wan, Fasha Sandha, Heliza, AC Mizal, Ahmad Idham, Jamal Abdillah, Dina, Ogy Ahmad Daud, Noryn Aziz, Jaclyn Victor, Farawahida, Diana Danielle dan ramai lagi. Dalam segmen ini ‘Glamor’ akan berkongsi perkembangan terkini artis terkenal Malaysia yang bergiat aktif dalam dunia lakonan juga seni suara. Bukan itu sahaja, artis juga akan berkongsi perndapat mereka mengenai isu semasa dunia hiburan tanah air. 

Manakala menerusi segmen kedua iaitu segmen Arena akan menghidangkan berita-berita eksklusif dunia hiburan antarabangsa meliputi Hollywood, Bollywood juga artis daripada seberang. Menerusi segmen ini penonton juga dapat menonton ‘preview’ filem-filem antarabangs. Antara artis antarabangsa yang akan dimuatkan dalam segmen ini adalah Angelina Jolie, Karisma Kapoor, Bipasha Basu, Oprah Winfrey, Tom Cruise, Hillary Swank, Ashwarya Rai, Imran Ajmain, Jennifer Lopez, Julia Roberts, Gwen Steffani, Britney Spears, Will Smith, Johnny Depp, Celine Dion, Marcell, Nicole Kidman dan ramai lagi.

‘Glamor’ melabuhkan tirai siaran setiap minggu dengan segmen Klik dimana seorang artis tempatan akan diundang ke studio bagi membincangan topik perbualan yang telah dipilih bersama pengacara yang cantik menawan, Linda Onn. Antara artis yang akan menjayakan segmen ini dan berbual-bual bersama pengacara topik perbualan piihan adalah Zahid, Ezlynn, Adibah Nor, Ngasrizal Ngasri, Ramlah Ram, Rosyam Nor, Farah AF, Nurfatimah, Jalil Hamid, Ferhad, Deja Moss, kumpulan Kristal dan Zul Yahya.   
  
Jangan ketinggalan menonton ‘Glamor’ sebuah rancangan majalah hiburan yang sarat dengan perkembangan terkini dunia hiburan dalam dan luar negara. ‘Glamor’ sebuah rancangan terbitan Nafalia Corporation Sdn. Bhd. akan menghiasi slot Santai pada setiap Selasa, jam 9.00 malam menerusi RTM1, Saluran Inforia bermula 15 Julai ini.

Linda Onn bersama Ramlah Ram

Linda bersama Farah

[tags]sensasi, linda onn, glamor, Dato’ Siti Nurhaliza, Anuar Zain, Ziana Zain, Erra Fazira, Rabbani, Amy Mastura, Piere Andrea, Spider, Dafi, Rozita Che Wan, Fasha Sandha, Heliza, AC Mizal, Ahmad Idham, Jamal Abdillah, Dina, Ogy Ahmad Daud, Noryn Aziz, Jaclyn Victor, Farawahida, Diana Danielle, Angelina Jolie, Karisma Kapoor, Bipasha Basu, Oprah Winfrey, Tom Cruise, Hillary Swank, Ashwarya Rai, Imran Ajmain, Jennifer Lopez, Julia Roberts, Gwen Steffani, Britney Spears, Will Smith, Johnny Depp, Celine Dion, Marcell, Nicole Kidman, Zahid, Ezlynn, Adibah Nor, Ngasrizal Ngasri, Ramlah Ram, Rosyam Nor, Farah AF, Nurfatimah, Jalil Hamid, Ferhad, Deja Moss, kumpulan Kristal, Zul Yahya[/tags]

What do you think?

72 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Senarai Pembaca ke Majlis Pra Tonton I’m Not Single 8 Julai Ini

KARNIVAL HOTLINK BERSAMA GANG STARZ