in , ,

Lima Muzik Video Lagu Raya Diberi Sentuhan Baru Jazz Klasik

Lima muzik video lagu raya diberi sentuhan baru jazz klasik terbitan Primeworks Studios bakal disiarkan di TV3 sepanjang Syawal

Sambutan Syawal pada kali ini dijangka bakal disambut dengan penuh kesederhanaan setelah pihak berkuasa menetapkan syarat untuk tidak merentas negeri yang sememangnya memberi impak mendalam buat kita semua. Dua bulan kita telah mengharungi perintah kawalan pergerakan (PKP) dan sejujurnya ianya sangat membantu negara kita dalam memutuskan rantaian Covid 19. Namun sambutan Syawal ini tetap disambut dengan penuh keceriaan seiring dengan tagline kempen digital rangkaian televisyen Media Prima (MPTN) iaitu #RamadanMasihOn dan #RayaMasihOn.

Memeriahkan lagi suasana Syawal tahun ini, Primeworks Studios (PWS) telah menghasilkan #CoverLaguRaya yang merangkumi lima muzik video istimewa untuk dikongsi bermula Syawal pertama sehinggalah Syawal kelima. Album ini menampilkan Fly & The Gypsy Cats, dan memilih empat buah lagu raya yang malar hijau (evergreen) dan sebuah lagu baharu ciptaan Audi Mok dan Datuk Ahmad Izham Omar. Lagu-lagu klasik Hari Raya ini diberi sentuhan susunan muzik yang amat menarik yang berlandaskan irama jazz klasik.

Poster Cover Lagu Raya

Lagu: Dengdang Perantau (Ditaja oleh Nescafe)

Penulis lirik: Tan Sri P. Ramlee

Komposer: Tan Sri P. Ramlee

Penyanyi asal: Tan Sri P. Ramlee

Lagu: Selamat Hari Raya (Ditaja oleh L’Oreal) 

Penulis lirik: Ahmad Jaafar

Komposer: Ahmad Jaafar

Penyanyi asal: Saloma

Lagu: Selamat Hari Raya (Aidilfitri Hari Mulia) (Ditaja oleh L’Oreal) 

Penulis lirik: Tan Sri Dato (Dr.) Jins Shamsuddin

Komposer: Kassim Masdor

Penyanyi asal: Fazidah Joned

Lagu: Suasana Hari Raya (Ditaja oleh Nescafe) 

Penulis lirik: Habsah Hassan

Komposer:  Adnan Abu Hassan

Penyanyi asal: Anuar Zain & Ellina

Lagu: Huawei Di Hati (Ditaja oleh Huawei)

Penulis lirik: Ahmad Izham Omar

Komposer: Audi Mok & Ahmad Izham Omar

Penyanyi asal: Hael Husaini, Wany Hasrita, Naim Daniel, Marsha Milan, Qody Rany, Pasya, Apex Tajuddin, Khareez Kasbulah, Tilla Hanna, HelloLuqman, Ika Mustafa

Kelima-lima video #CoverLaguRaya ini akan dikongsi pada setiap hari bermula Syawal pertama sehingga Syawal kelima, pukul 12.00 tengahari menerusi Facebook dan YouTube TV3 khas buat anda semua.

Rancangan #CoverLaguRaya ini diterbitkan oleh Sasha Nath, suntingan oleh Amirul Azmi di samping Nini Yusof dan Datuk Ahmad Izham Omar sebagai Penerbit Eksekutif daripada Primeworks Studios.

What do you think?

31 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Eksekutif Disney Letak Jawatan, Terima Tawaran Sebagai CEO TikTok

PM Jalani Kuarantin Selama 14 Hari Mulai Hari Ini Kerana Pegawainya Positif Covid-19