in , ,

Eksekutif Disney Letak Jawatan, Terima Tawaran Sebagai CEO TikTok

Kevin Mayer yang mengetuai sejumlah perkhidmatan memfokuskan pengguna, termasuk pengenalan Disney+, Hulu, ESPN+ menerima tawaran dan telah pun dilantik menjadi CEO kepada salah satu perkhidmatan sosial yang semakin popular iaitu TikTok.

Penyertaan mengejutkan Mayer daripada salah satu syarikat hiburan paling dihormati dalam industri adalah satu lagi kemenangan buat TikTok, yang popularitinya melonjak dalam kalangan pengguna semasa pandemik COVID-19.

Tugas baharunya termasuk memimpin TikTok dan pembangunan global aplikasi syarikat induknya yang berpangkalan di Beijing, ByteDance.

Beliau akan melapor terus kepada pengasas dan ketua eksekutif ByteDance, Yiming Zhang.

Eksekutif Disney Letak Jawatan, Terima Tawaran Sebagai CEO TikTok

“Pengalaman luas Kevin membina perniagaan global yang berjaya menjadikannya calon paling menyerlah untuk misi kami menginspirasikan kreativiti kepada pengguna di seluruh dunia,”

– Zhang

Tugas Mayer di Disney termasuklah menguruskan operasi Hulu, ESPN+ dan Hotstar dalam platform langsung kepada pengguna, menurut ByteDance.

“Saya gembira dapat membantu menerajui fasa seterusnya perjalanan ByteDance,” kata Mayer dalam kenyataan itu.

– ByteDance

Kevin Mayer sebelum ini diperkatakan mungkin menjadi CEO untuk Disney, menggantikan Bob Iger. Namun, perkara berkenaan tidak menjadi, sebaliknya Bob Chapek yang dilantik menjadi CEO Disney.

Eksekutif Disney Letak Jawatan, Terima Tawaran Sebagai CEO TikTok

ByteDance memiliki TikTok, yang diasaskan pada 2012, menyediakan klip video 15 hingga 60 saat menampilkan segala-galanya daripada tutorial mewarnakan rambut hinggalah rutin tarian dan jenaka mengenai kehidupan seharian.

Sejak dilancarkan pada 2017, TikTok dimuat turun lebih dua bilion kali, menurut agensi penyelidikan Amerika Syarikat (AS), SensorTower. Ia mempunyai ramai pengikut di India, AS, Indonesia dan beberapa negara lain lagi.

TikTok kemudiannya menjalinkan kerjasama dengan aplikasi musical.ly dan menjadi boleh dicapai di AS.

Selepas daripada jalinan kerjasama itu, populariti aplikasi TikTok ‘meroked’ dengan jayanya dan berjaya menjadi aplikasi paling banyak dimuat turun di AS pada Oktober 2018.

Pada 2019, aplikasi ini tersenarai sebagai aplikasi ke-7 paling banyak dimuat turun dalam tempoh masa sedekad bermula 2010 hingga 2019 dan menjadi aplikasi nombor satu yang dimuat turun paling banyak di App Store pada 2018 dan 2019.

Platform itu, yang menjadi kegemaran dalam kalangan remaja, semakin digunakan oleh golongan dewasa yang mahu mengisi masa semasa perintah berkurung COVID-19.

TikTok menyaksikan 65 juta muat turun di seluruh dunia pada Mac lalu, demikian menurut SensorTower.

Pelantikan Kevin Mayer ini, mungkin bakal berlaku beberapa perubahan baharu atau TikTok menjadi medium utama orang ramai dalam menikmati kandungan.

What do you think?

43 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Indo Pek Tawar Pakej Kandungan Serba Baharu Dalam Format HD

Lima Muzik Video Lagu Raya Diberi Sentuhan Baru Jazz Klasik