in ,

Lima Filem Klasik Inggeris Sepanjang April Di TV2

LIMA FILEM KLASIK INGGERIS SEPANJANG APRIL DI TV2

Filem-filem klasik Inggeris sememangnya memiliki pengikutnya sendiri. Baik daripada kalangan orang lama mahupun remaja yang tergoda dengan penampilan hero dan plot cerita yang ingin dikongsi sama dengan penonton.

Usaha dilakukan Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk membawakan semula tayangan filem-filem klasik ini menerusi Slot Golden Classics On 2 disiarkan setiap hari Sabtu, jam 12.00 malam pastinya mengujakan penggemar filem-filem lama ini.

Ia bermula dengan tayangan filem Anna Karenina (2 April 2011), Bite The Bullet (9 April 2011), The Devil At Four O’clock (16 April 2011), The Guns of Navarone (23 April 2011) dan Hanover Street (30 April 2011) yang kesemuanya menemui penonton setia, TV2.

Paparan kisah tragis yang berlaku dalam diri wanita bernama Anna yang meninggalkan suaminya untuk menggagahkan diri menyertai Count Vronskii di Rusia berlaku pada abad ke-19 melatari filem Anna Karenina (1985) yang memulakan tayangan slot April ini. Ia menyaksikan lakonan hebat dibawakan oleh Jacqueline Bisset, Christopher Reeve, Paul Scofield dan Anna Massey.

Menyusul tiga filem popular tahun 1961 yang pastinya mengimbas memori lama iaitu filem Bite The Bullet arahan Richard Brooks yang dibintangi oleh Gene Hackman, Candice Bergen, James Coburn dan Ben Johnson. Penonton dibawa menghayati kisah berlaku pada awal abad ke-20, akhbar menyelenggarakan perlumbaan ketahanan kuda: 700 batu untuk berjalan dalam beberapa hari. Sembilan orang bersaing dan di antara mereka wanita bernama Miss Jones, Mexico, seorang Inggeris, anak-lembu muda, yang sudah tua dan dua orang teman, Sam Clayton dan Lukas Matthews. Semua mereka belajar dan saling menghormati.

Diteruskan tayangan filem The Devil At Four O’clock yang dibintangi oleh Spencer Tracy, Frank Sinatra dan Kerwin Mathews. Filem arahan Mervyn LeRoy ini mengisahkan seorang ketua agama telah berjaya merekrut tiga orang banduan yang pada mulanya enggan untuk membantunya menyelamatkan tanah jajahan dari sebuah Pulau Pasifik yang pada masa itu telah diancam oleh gunung berapi membara.

Pastikan juga anda meluangkan masa menyaksikan The Guns of Navarone (1961) lakonan J. Lee Thompson, Gregory Peck, Anthony Quinn, Stanley Baker dan James Darren.

Dua senjata pertahanan Jerman yang kuat mengawal laut melewati Pulau Yunani Navarone membuat evakuasi pasukan Inggeris langka di pulau tetangga. Serangan udara tidak mengenai sasaran sehingga pasukan yang terdiri daripada enam Perikatan dan tentera Yunani di darat bertemu untuk mencuba senjata. Misi ini cukup berbahaya namun mereka yang berada di Jerman telah cuba mendapatkan bantuan lain. Adakah misi tersebut berjaya?

Tontonan klasik malam minggu anda bulan ini diakhiri dengan tayangan filem popular sekitar tahun 1979 iaitu Hanover Street yang mengangkat kisat wanita dikenali sebagai Margaret. Margaret bertugas sebagai seorang jururawat di England ketika Zaman Perang Kedua yang telah berkahwin dengan seorang ejen rahsia. Begitu pun konflik terjadi dan bertambah parah apabila dirinya jatuh cinta pula dengan David, seorang juruterbang Amerika. Filem arahan Peter Hyams ini menyaksikan lakonan hebat hero tersohor pada masa itu, Harrison Ford, Lesley-Anne Down dan Christopher Plummer.

Saksikan tayangan lima filem hebat ini setiap minggu berturut-turut Anna Karenina (2 April 2011), Bite The Bullet (9 April 2011), The Devil At Four O’clock (16 April 2011), The Guns of Navarone (23 April 2011) dan Hanover Street (30 April 2011) di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Adrea Abdullah | 17

Lara Hati Adrea Abdullah Dalam Drama Rantaian KASIHNYA UMAIRAH

Irin Putri Azmi Pengacara Baru Bersamamu TV3