in

Lara Hati Adrea Abdullah Dalam Kasihnya Umairah

LARA HATI ADREA ABDULLAH DALAM KASIHNYA UMAIRAH DI TV2

Menghiasi slot Mid Day Delight, drama rantaian Kasihnya Umairah yang bakal disiarkan bermula 4 April 2011, setiap Isnin, jam 12.30 tengah hari di TV2 dapat dijadikan pilihan terbaik kepada penonton terutama suri rumah yang berehat seketika meluangkan masa menonton TV di rumah.

Mengetengahkan lakonan hebat Adrea Abdullah, Rashdan Baba, Azman Nor, Kismah Johar, Yalal Chin dan Aznah Hamid, plot dipaparkan drama rantaian 13 episod ini istimewanya mengangkat kisah kasih sayang dan pengorbanan cinta yang membawakan lokasi negara Indonesia selain negara kita sendiri.

Kisahnya bermula dengan babak perasaan cinta antara Umairah dan Raman yang mendapat tentangan daripada bapanya, Pak Leman. Ini kerana dia telah terlebih dahulu ingin menetapkan jodoh anaknya (Umairah) dengan Taufik, seorang anak orang kaya di kampungnya.

Kebencian Taufik mula memuncak terhadap Raman. Jesteru, dia memberi amaran supaya Raman tidak lagi mendekati dan berkasih dengan Umairah. Namun dalam pada masa yang sama Taufik juga turut sama menggoda Fauziah, teman rapat Umairah. Fauziah bagai manapun, tidak mengetahui perancangan Taufik memikat Umairah untuk dijadikan isterinya.

Bagi memenangi hati Pak Leman, Taufik telah menyogok Pak Leman dengan pelbagai pemberian termasuk membelikannya sebuah motosikal baru dan wang perbelanjaan. Disamping itu, Taufik bersikap buruk dengan menfitnah Raman kononnya beliau mengganggu Umairah selain mengupah Wak Sono seorang dukun palsu bagi mendapatkan ubat pengasih untuk menundukkan Umairah. Taufik berjaya mempengaruhi Pak Leman dengan cerita rekaannya itu.

Raman berasa kecewa apabila mengetahui Umairah akan ditunangkan dengan Taufik. Pada masa yang sama, Pak Leman telah kemalangan dan meninggal dunia. Taufik pula telah ditangkap basah bersama Fauziah dan dihalau keluar daripada rumah oleh bapanya Pak Wahid.

Taufik setelah ditangkap basah bersama-sama Fauziah dan dikahwinkan mereka lari membawa diri ke Indonesia atas bantuan Wak Sono. Akhirnya Raman berjaya berkahwin dengan Umairah namun dia telah dihalau Pak Wahid daripada rumah sewanya. Mereka kemudiannya berpindah ke ruamh Mak Ara, ibu Raman.

Di Indonesia Taufik mula berubah sikap dan bertindak kasar terhadap Fauziah. Tidak tahan dengan layanan buruk Taufik, Fauziah ingin pulang ke Malaysia namun dihalanginya. Umairah berasa sangat tertekan setelah ibunya meninggal dunia sementara itu bapa Taufik, Pak Wahid juga meninggal dunia.

Kesudahan plot kisah menarik liku hidup dialami wanita yang hatinya seteguh waja ini dapat diikuti menerusi episod 13 yang bakal menemui penonton TV2 ini.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Profile Soul 3

Lima Filem Klasik Inggeris Sepanjang April Di TV2