in , ,

Lil J Lancar Single TAHUN BARU Sempena Membuka Lebaran Tahun 2021

Penyanyi Rap Muda Berbakat Besar Ajak Semua Rakyat Malaysia Terus Berfikir Positif Menjelang 2021 & Tutup Buku 2020

Tahun 2020 bakal melabuhkan tirainya, dan lembaran baharu bakal bermula tidak lama lagi. Begitu juga dengan penyanyi rap muda serta penulis lirik berbakat besar dari Kuala Lumpur, Rvijay Raj atau Lil J, yang menyatakan hasrat beliau dalam single terbaharu berjudul ‘Tahun Baru’. Ditulis dan digubah oleh Lil J sendiri, dengan rakan komposer, Denzsyl, manakala adunan dan mastering dilakukan oleh Mingaling.

Lil J Lancar Single TAHUN BARU Sempena Membuka Lebaran Tahun 2021

Penyanyi rap yang bakatnya dicungkil menerusi program pencarian bakat rap baharu serantau Asia Tenggara, 16 Baris, berkata, “Lagu Tahun Baru mempunyai mesej positif bagi mereka yang mengharungi kepayahan pada tahun 2020.”

“Saya ingin menyeru agar semua rakyat Malaysia berfikiran positif dan mempersiapkan diri mereka dengan azam dan semangat yang baru menjelang tahun baru 2021.

“Idea lagu ini datang ketika ramai daripada kita yang terkesan dengan pandemik COVID-19 yang melanda dunia, saya nak semua bangkit dan terus melangkah ke depan.

Walaupun Lil J mempunyai jadual yang padat dengan pelbagai projek seperti kolaborasi dengan artis-artis lain, beliau masih mempunyai masa menghasilkan single solo yang memang sudah lama dinantikannya.

“Saya mengambil masa selama dua hari untuk merekod dan menyiapkan Tahun Baru, manakala proses rakaman di lakukan di MassMusic Studios.

“Denzsyl merupakan rakan komposer yang sering saya bekerjasama dan hubungan profesional kami telah terjalin sepanjang empat tahun, dan banyak yang kami pelajari mengenai muzik dan industri hip-hop malaysia, selain mempunyai style muzik yang sama,” jelas Lil J.

Sebagai artis yang masih baharu, bukan mudah bagi beliau untuk menyenangkan semua pihak, ulasnya, “Tak semua yang kita hasilkan boleh di terima oleh pendengar, namun saya percaya jika kita jujur, mempunyai niat yang baik, perlahan-lahan ruang itu akan dibuka dengan sendirinya.”

“Nantikan juga video muzik Tahun Baru yang bakal dilancarkan serentak kerana jalan ceritanya yang menarik dan semoga sesiapa yang menontonnya boleh faham maksud Tahun Baru yang cuba saya sampaikan, dan buka sekadar hiburan semata-mata.

Menurut Encik Feros Sayna, selaku Ketua Label Rocketfuel Entertainment,

“Lil J merupakan anak muda yang sungguh berbakat, beliau mempunyai banyak idea kreatif dan sentiasa menghasilkan lagu-lagu menarik buat para pendengar.

Tahun Baru membawa aura positif buat semua, jadi saya harap agar semua pendengar di luar sana dapat tangkap maksud yang cuba disampaikan.”

Lagu ‘Tahun Baru’ boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer. Manakala video muzik lagu ‘Tahun Baru’ juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Entertainment.

Lil J Lancar Single TAHUN BARU Sempena Membuka Lebaran Tahun 2021

Tajuk Artis
Lirik Komposer

(Chorus )

: Tahun Baru
: Lil J
: Lil J
: Lil J & Denzsyl

Dulu susah
Sekarang senang Perlahan-lahan ku akan menang Kerja keras untuk hidup senang Chebba chebba buat gua tenang

Kau takkan faham perjalanan Dalam hidup aku
Setiap malam
Perayaan macam tahun baru

Macam tahun baru
Macam tahun baru
Setiap malam
Perayaan macam tahun baru
Kau takkan faham perjalanan dalam hidup aku

It’s a celebration every night
I’m doing what I gotta do to survive
Why you say your homies got your back When you gotta keep your homies by your side
I’m so I’m so fly in the cockpit
If I want something then I cop it
They don’t know the struggle
Dorang cakap aku lupa diri
But I’m staying humble and
I Keep it lowkey huh
I’m raising the temperature
There used to be a time where they didn’t like me but now they wanna hit me up

Walk in the club while I’m Rocking a suit
All of these ladies
They getting confused

I got the class
But dropped out of school
Ini hidup aku
I just hop in my whip then I cruise

(Chorus)

Memang aku pilih hidup macam ni Tak berlagak tak poyo tapi hidupku memang macam ni
Takkan undur

Ku terus terang
Aku jujur
Yeah aku faham
Kalau jatuh kena bangun itu penting
They ain’t got shhh on me I’m just doing my thing

Yeah she want my 10 digits she think I got that in my bank
When I pull up with crew every night we go insane

Gang gang

(Chorus)

Lil J Lancar Single TAHUN BARU Sempena Membuka Lebaran Tahun 2021
Lil J Lancar Single TAHUN BARU Sempena Membuka Lebaran Tahun 2021

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Khai Bahar Tampil Dengan Lagu BANGIT SEMULA, Jalin Kerjasama Dengan MAIWP

Ozlynn Wati Jadi Hos Program JEJAKA INSTA MASUK DAPUR di TV Okey