in , ,

Happening Betul! Jom Leypark Di B5 Johor Street Market Sempena Aidiladha

Menjadi kelainan pada Aidiladha tahun ini apabila Absolute VII selaku penganjur membawakan, Leypark Eid Adha Bazaar, bagi membantu peniaga-peniaga IKS dan penggiat-penggiat seni untuk mempromosikan barangan mereka di B5 Johor Street Market.

Leypark Eid Adha Bazaar juga membawakan keunikkannya yang tersendiri apabila memperkenalkan Leyport Sadaqah, satu inisiatif dengan kerjasama Impact Music & Entertainment untuk membantu warga Johor yang berada di dalam kesulitan.

Leypark Eid Adha Bazaar juga memberi peluang kepada para pengunjung untuk membeli sambil menderma kerana Leyport Sadaqah sentiasa mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin menghulurkan sumbangan untuk yang memerlukan. 

Leypark Di B5 Johor Street Market Sempena Aidiladha

Turut sama terlibat dengan Leypark Eid Adha Bazaar adalah Kamura x Sudirman, yang akan menyalurkan 15% hasil jualan kepada rumah kebajikan / anak yatim pilihan waris. Kamura merupakan produk tempatan yang diberi kepercayaan dan sokongan penuh oleh Sudirman Asset Management untuk mengeluarkan barangan Sudirman. Inisiatif ini diterajui oleh pelawak terkenal tanahair, Yassin Senario. 

Selain daripada Yassin Senario, pengunjung juga bakal dihiburkan dengan penampilan istimewa selebriti tanahair seperti Siti Sairah, Emma Rockers, Roslan Shah, Fiezah Rahman, Yazid AF7, Afzan, Syed Ali, dan Cikidot. Turut menyerikan Leypark Eid Adha Bazaar pada kali ini adalah penyanyi dari seberang tambak iaitu Izzan Adlan dan Dansky.

Leypark Eid Adha Bazaar akan berlangsung selama lima hari bermula 5 Julai sehingga 9 Julai. Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Leypark Eid Adha Bazaar atau Leyport Sadaqah, boleh menghubungi Puan Sab di talian +60 17 749 5266 atau email di [email protected].  

Leypark Di B5 Johor Street Market Sempena Aidiladha
Leypark Di B5 Johor Street Market Sempena Aidiladha
Leypark Di B5 Johor Street Market Sempena Aidiladha

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bunkface Bakal Hiburkan Peminat Dalam Konsert 15 YEARS OF KORANG

Mat Kilau Pecah Rekod, Catat RM39.2 Juta Dalam Tempoh 10 Hari