in ,

Lelaki Seret Kucing Atas Jalan Raya Ditahan

Polis menahan seorang lelaki, dipercayai menyeret kucing di atas jalan raya sambil menunggang motosikal, berdasarkan sebuah video yang tular di laman sosial sejak semalam.

Video berdurasi 35 minit itu menunjukkan kucing tersebut diseret oleh lelaki berkenaan, dan majoriti netizen menyifatkan tindakan terbabit sebagai zalim, sekali gus meminta tindakan segera diambil terhadapnya.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner (ACP) Ahmad Adnan Basri berkata, pihaknya menahan suspek berusia 45 tahun itu selepas dia menyerah diri di Balai Polis Langkap, di sini, jam 9 malam semalam.

“Suspek memberitahu tujuan sebenarnya menangkap kucing berkenaan adalah untuk dibuang di kawasan kedai berdekatan rumahnya.

“Dia menggunakan sauk untuk menangkap kucing dan dalam perjalanan, kaki depan kucing berkenaan terkeluar dari jaring sauknya menyebabkan kucing itu terseret di atas jalan raya,” katanya di sini, hari ini.

Ahmad Adnan berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan dan Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Menurutnya, polis sudah merakam percakapan suspek dan lelaki itu dibebaskan atas jaminan polis sementara menunggu kes dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya untuk pendakwaan. –

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

NESCAFÉ® Menjenamakan Semula Minuman Kopi Tempatan kepada Edisi Kopitiam

Filem RADHE: YOUR MOST WANTED BHAI, Lakonan Superstar Bollywood Salman Khan