in , ,

Google Doodle Meraikan Legasi Saloma, Apakah Yang Menyebabkan Beliau Terkenal?

Doodle hari ini meraikan seorang pelakon, penyanyi, dan ikon fesyen Singapura-Malaysia yang tersayang, Saloma.

Siapakah Saloma, dan apakah yang menyebabkan beliau terkenal? 

Seorang penentu trend dunia hiburan di Malaysia dari akhir tahun 50-an hingga awal 80-an, Saloma telah merakamkan lebih dari 500 buah lagu, dan menerusi lakonannya yang berkarisma, telah menunjukkan jalan kepada generasi-generasi pelakon wanita tanah air yang seterusnya. 

Saloma Doodle Hi-res

Seorang ikon yang diabadikan

Saloma dilahirkan Salmah Ismail di Singapura pada 22 Januari, 1932 dan mula menerokai bakatnya sebagai seorang vokalis seawal umur tujuh tahun. Dari zaman remajanya, beliau mula menyanyi secara profesional, memulakan kerjaya muziknya menerusi persembahan-persembahan di kelab malam dan majlis-majilis kahwin. 

Sebaik sahaja Saloma beralih ke bidang lakonan pada pertengahan 50-an, beliau pantas menjadi seorang selebriti. Pada tahun 1961, beliau berkahwin dengan seniman serba boleh P. Ramlee, dan menerusi tahun-tahun seterusnya, pasangan yang berpengaruh ini telah mengubah dunia hiburan tempatan menerusi pelbagai muzik dan filem. Dengan dandanan rambut dan gaya pakaiannya yang unik (kebanyakkannya di jahit beliau sendiri), Saloma telah membintangi filem-filem sepanjang tahun 60-an dan mengeluarkan album sepanjang hayatnya. 

Pada tarikh hari ini, tahun 1978, beliau mencipta sejarah apabila dianugerahkan anugerah Biduanita Negara oleh kerajaan Malaysia pada ketika itu. 

Jom ikuti kami dalam mengabadikan beliau dalam kenangan 

Untuk semua peminatnya di luar sana, pastikan anda mengikuti senarai main Saloma kami yang disusun khas dengan lagu-lagu yang terkenal seperti ‘Bila Larut Malam’, ‘Di Manakan Ku Cari Ganti’ dan ‘Perwira’.

Google Doodle Meraikan Legasi Saloma

Sementara itu, pastikan anda tidak lupa untuk menonton persembahan anggun nyanyian semula lagu Saloma Chik Chik Ke Boom oleh pencipta kandungan Cassidy La Creme, dan iringan rentak mantap Nur Amira Syahirah kepada lagu Selamat Pengantin Baru

Bukan itu sahaja, kami juga akan mengendalikan sebuah kuiz trivia pada laman Twitter rasmi kami hari ini dimana peminat mempunyai peluang untuk memenangi sebuah t-shirt Doodle Saloma edisi terhad – pastikan anda mengikuti laman tersebut untuk bertanding! 

Terima kasih, Saloma kerana menggunakan bakat sini anda untuk memberi ilham kepada semua yang mengenali dan mencintai karya anda. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Legenda Bola Sepak, Maradona Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung di Usia 60 Tahun

Daripada Francais Filem Komedi, Kini KAMPUNG PISANG Hadir Dalam Bentuk Bersiri-Siri