in ,

Tayangan Perdana Sedunia Filem LEE CHONG WEI Yang Terbesar Di Asia

IKON KEBANGSAAN TONTON FILEM MENGENAI DIRINYA BERSAMA 20,000 RAKYAT MALAYSIA

Filem yang mengisahkan tentang ikon pemain badminton kebangsaan, Datuk Wira Lee Chong Wei bakal menemui penonton.

Penganjur, CB PICTURES dan SKY EVENTS dengan kerjasama MAHU PICTURES mengubah Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur Sports City menjadi sebuah pawagam mega malam ini menerusi pembinaan layar gergasi LED berukuran 40 meter x 17 meter untuk tayangan perdana LEE CHONG WEI versi tambahan berdurasi 133 minit.

Lee Chong Wei

Tayangan perdana yang julung kali diadakan ini dicatatkan di dalam The Malaysia Book of Records dan Asia Book of Records, sebagai tayangan perdana filem yang bukan sahaja terbesar di Malaysia tetapi juga di peringkat Asia.

Chong Wei yang hadir ke majlis itu bersama keluarga, turut menyaksikan filem berkenaan bersama 20,000 rakyat Malaysia yang lain termasuk Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Norza Zakaria. Mereka juga adalah antara yang bertuah dapat menonton filem versi lanjutan yang tidak akan ditayangkan di mana-mana pawagam.

Sebelum tayangan bermula, orang ramai boleh mengunjungi karnival yang menyediakan 10 gerai termasuk pelbagai aktiviti bermula dengan hamparan permaidani merah sebagai tanda pembuka acara tayangan perdana dunia yang akan menyaksikan Chong Wei dan ahli keluarganya, pelakon, tetamu dan juga selebriti jemputan membuat kemunculan.

Lee Chong Wei

Penonton di stadium juga berpeluang menyaksikan di sebalik tabir pembikinan filem tersebut diikuti pengenalan kepada pelakon.
Selepas sesi memperkenalkan pelakon, satu sesi temubual bersama penerbit filem, Josiah Chieng, Ben Lee dan Tony Hu, pengarah, Teng Bee dan juga Chong Wei turut diadakan.

Dua orang penyanyi yang menggalas tanggungjawab menyampaikan lagu tema filem tersebut, Nabila Razali dan Priscilla Abby akan mengambil alih pentas untuk mendendangkan lagu Cahaya Juara buat pertama kalinya di hadapan khalayak.

Pembeli tiket juga berpeluang memenangi raket badminton YONEX LEE CHONG WEI sebanyak 100 unit, telefon pintar SAMSUNG (5 unit), buku filem (30 unit) dan pelbagai lagi hadiah menarik disediakan.

Bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme, penonton menyanyikan lagu kebangsaan, Negaraku sebelum tayangan dimulakan. Filem ini dijangka mampu menyuntik inspirasi kepada semua rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, selain memancing emosi mereka menerusi kehidupan sebenar Chong Wei.

Dianjurkan oleh CB PICTURES dan SKY EVENTS dengan kerjasama MAHU PICTURES, tayangan perdana sedunia filem LEE CHONG WEI ini turut dipersembahkan oleh 100PLUS dan CNI dan disokong oleh KUMPULAN POWERNET (Penaja Utama), QUILL CITY MALL KL (Penaja Bersama), GDEX (Penaja Besama), GSC MOVIES (Pengedar Filem), KUALA LUMPUR SPORTS CITY (Lokasi Rasmi), KELAB RELA KEHORMAT BERSEKUTU WILAYAH PERSEKUTUAN (Rakan Sokongan), PERSATUAN HOKKIEN MALAYSIA (Rakan Sokongan), DEWAN PERHIMPUNAN CINA KUALA LUMPUR & SELANGOR (Rakan Sokongan) dan TEDMI (Rakan Sosial Media).

Mereka yang terlepas menyaksikan tayangan perdana sedunia ini boleh menyaksikan filem LEE CHONG WEI apabila ia ditayangkan di seluruh negara mulai 15 Mac ini.

Maklumat lanjut, sila layari Facebook @leechongweimovie or atauwww.leechongweimovie.com.

Lee Chong Wei

Lee Chong Wei

Lee Chong Wei

Lee Chong Wei

Lee Chong Wei

Lee Chong Wei

Lee Chong Wei

Lee Chong Wei

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Music Box Celebrated at Cultural Exchange Between Malaysia and Indonesia

Enjoy Freebies with Samsung’s Big Games, Big Screens Campaign