in ,

LEAVE ME ALONE LAKONAN Ekin Cheng, Kenny Bee, Charlene Choi

GOLDEN PREMIER: LEAVE ME ALONE, 17 OGOS (AHAD), 10.00 MALAM DI RTM2

Slot Golden Premier akan membawakan sebuah cereka Cina bertajuk “Leave Me Alone” yang berkisar tentang dua adik–beradik, Yiu Chun Man dan Yiu Chun Kit yang mana Chun Kit terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya lalu mengubah segalanya apabila identiti merekal berdua bertukar.

“Leave Me Alone” merupakan sebuah filem ‘thriller’ tahun 2004 yang diarahkan oleh Danny Pang. Filem ini menampilkan lakonan mantap bintang Hong Kong terkenal, Ekin Cheng. Kemampuan ekin Cheng benar-benar tercabar dalam filem ini apabila dia memegang dua watak.

Segalanya bermula apabila Yiu Chun Kit (Ekin Cheng) mengunjungi saudara kembarnya Yiu Chun Man (juga Ekin Cheng) seorang pereka fesyen Hong Kong. Chun Man merupakan seorang menjalinkan perhubungan songsang  iaitu mempunya pasangan dari kaum sejenis. Pada suatu hari Chun Kit telah meminjam lesen memandu Chun Man dan dia terlibat dalam satu kecelakaan jalan raya yang mengakibatkan kematian seorang wanita, manakala Chun Kit pula koma.

Oleh kerana ketiadaan kad pengenalan diri, Chun Man tidak dapat membuktikan identitinya dan dia tambil sebagai saudara kembar. Lalu, dia membawa kekasih Chun Kit, Jane (Charlene Choi) lari ke Thailand. Walau bagaimanapun, Jane berhadapan dengan masalah kewangan bagi membayar hutangnya yang dipinjam daripada seorang ‘ah long’ (Chi Wah Wong). Hal ini mengakibatkan mereka sering menjadi buruan ‘ah long’

Apabila kit tersedar dari koma dia mendapati dia perlu berusaha bagi menangkis nafsu serakah teman lelaki Chun Man (Jan Lamb) yang merupakan seorang pegawai polis yang berpangkat besar di Hong Kong.

“Leave Me Alone” dibintangi oleh Ekin Cheng, Kenny Bee, Charlene Choi, Chi Wah Wong, Jan Lamb dan Lawrence Chou.

Pastikan anda tidak akan melepaskan peluang menonton filem “Leave Me Alone” untuk mengetahui kesudahannya. “Leave Me Alone” bakal bersiaran pada hari Ahad, jam 10.00 malam menerusi slot Golden Premier di RTM2.

[tags]Ekin Cheng, Kenny Bee, Charlene Choi, Chi Wah Wong, Jan Lamb, panduan tarikh lahir, paris hilton dress, perlis, samzy fuzette, santos australia, sorakan emosi ntv7, stadium astro, terengganu, zizie ezzete abang, rukun nikah, shaffique, ubud, aku stacy, album baru stacy af6, cinta khayalan, dress, fashion designer, lagu stacy, sony digital camera, stacy af6 pakai baju recycled, top bra, Lawrence Chou, leave me alone, poem, collection[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

C’EST, LA VIE, MON CHERI di RTM2

DEATH MELODY di RTM2