in

DEATH MELODY di RTM2

GOLDEN DRAGON: DEATH MELODY, 14 OGOS 2008 (KHAMIS), 10.00 MALAM DI RTM2

Slot Golden Dragon akan membawakan filem ‘Death Melody’, sebuah filem berbentuk penyiasatan yang cuba merungkai misteri kematian ramai anak muda yang bermotifkan bunuh diri dengan cara mencederakan diri sendiri secara perlahan-lahan.

‘Death Melody’ mengisahkan tentang seorang gadis benama Susan yang mengabdikan dirinya sebagai seorang pemuzik. Tetapi, sejak akhir-akhir ini Susan kerap didatangi mimpi ngeri melibatkan penonton yang mati apabila mendengari muziknya di dalam sebuah konsert.

Sahabat baik Susan, Fanny baru sahaja bertengkar dengan kekasihnya. Fanny mengajak Susan pergi meminjam CD di sebuah kedai CD. Apabila mendengar CD tersebut Fanny terus berhalusinasi lalu mencederakan dirinya sendiri hingga mati. Hasil siasatan polis mendapati Fanny telah membunuh diri . Susan tidak dapt menerima hakikat bahawa sahabat baiknya membunuh diri. Lalu, dia menjumpai sahabat bapanya Dr. Chin untuk menyiasat kes ini. Dr. Chin memperkenalkan Susan kepada Tie, seorang penyiasat yang terkenal dan berjaya mendapat persetujuan Tie bagi menyelesaikan segala  persoalan yang masih belum terjawab.

Tanpa melengahkan masa Tie bersama sahabatnya, Ah Kit terus menyiasata kes tersebut. Bilangan remaja yang membunuh diri makin hari makin bertambah. Suatu hari, sedang Tie dan Ah kit menjalankan siasatan di sebuah kedai CD mereka terlihat seorang lelaki misteri yang berpakaian serba hitam menyerupai seorang ahli sihir.Mereka cuba mengekori lelaki misteri itu, malangnya lelaki misteri tersebut menyedari dia sedang diekori. Lalu, berlakulah satu pertengkaran antara mereka dengan lelaki misteri itu dan kesudahan menyaksikan lelaki misteri itu berjaya meloloskan diri. Tetapi dia tertinggal seutas rantai yang di atasnya terukir corak yang pelik.

Apabila Tie membawa rantai itu pulang ke rumah Fanny untuk diperiksa dia mendapati corak pelik di atas rantai itu adalah sama dengan logo yang tertera di atas CD. Apakah kaitan lelaki misteri tersebut dengan kematian ramai anak muda yang membunuh diri ?. Apakah sebenarnya yang mendorong mereka membunuh diri ?. “Death Melody” dibintangi oleh Gloria Yip, Katherine Hung Yan, Ken Wong dan Si Hei Yu.

Pastikan anda tidak akan melepaskan peluang menonton filem “Death Melody” untuk mengetahui kesudahannya filem misteri ini. “Death Melody” bakal bersiaran pada 14 Ogos 2008 (Khamis), jam 10.00 malam menerusi slot Golden Dragon di RTM2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

LEAVE ME ALONE LAKONAN Ekin Cheng, Kenny Bee, Charlene Choi

Gambar Julia Ziegler di Festival Filem Malaysia 21