in , ,

Lazatnya! Nikmati Produk Terbaharu Edisi Terhad KITKAT Dark Cookies

Berehat Sebentar Bersama Produk Terbaharu Edisi Terhad KITKAT Dark Cookies

KITKAT, antara jenama terkenal kesukaan rakyat Malaysia, memperkenalkan perisa baharu KITKAT Dark Cookies edisi terhad, kepada rangkaian pilihan coklat enak yang sedia ada. KITKAT Dark Cookies edisi istimewa ini menawarkan gabungan unik coklat, wafer dan ‘dark cookies’ yang rangup. 

Penggemar coklat KITKAT kini akan teruja dengan kemunculan dan kelazatan KITKAT Dark Cookies, yang sesuai dinikmati sebagai snek. Kerangupan ‘dark cookies’ yang diadun bersama konfeksi memberikan gabungan sempurna untuk menyalut wafer KITKAT yang dilapis dengan krim coklat susu. 

KitKat-Dark-Cookies-KV-OL-

KITKAT edisi terhad baharu ini dirumus khas sebagai kudapan sempurna untuk rakyat Malaysia yang ingin berehat sejenak di kala sibuk dengan tugasan harian. Selaras dengan identiti jenama KITKAT yang menjanjikan senyuman, tekstur rangup dari serpihan  ‘Dark Cookies’ di atas wafer KITKAT pasti akan membuatkan penggemar coklat tersenyum apabila menikmatinya.

Frédéric Porchet, Pegawai Eksekutif Perniagaan untuk Unit Perniagaan Konfeksi, Nestle Malaysia dan Singapura, berkata, “KITKAT sentiasa berusaha untuk menambah baik kategori konfeksi produk dan perisa baharu.

Sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia dan semangat untuk mencuba makanan dan snek baharu memberi inspirasi kepada kami untuk bekerja keras dengan pasukan penyelidikan dan pembangunan supaya menghasilkan produk yang akan mengujakan semua penggemar coklat.

Hasilnya adalah kemunculan variasi KITKAT yang unik yang digemari rakyat Malaysia saban tahun, dan saya berharap agar KITKAT Dark Cookies ini juga akan menjadi kesukaan ramai.” 

10packs MUNCH NUTS pouch

KITKAT Dark Cookies boleh didapati dalam dua jenis pek:

KITKAT Dark Cookies 4-Jejari pek tunggal dan pek pelbagai yang mengandungi lima pek tunggal KITKAT 2-Jejari. Dark Cookies akan mula dijual di seluruh negara pada pertengahan Julai. Untuk maklumat lanjut, layari www.facebook.com/KitKatMalaysia dan www.instagram.com/KitKatMalaysia

KK_DC_FB_RnF

Berehat Sebentar Bersama KITKAT! Jadikan saat coklat anda lebih enak dan bermakna dengan KITKAT Dark Cookies edisi terhad.

#HaveABreakHaveAKITKAT

#KITKATDarkCookies

#KITKATMalaysia

@Kitkatmalaysia

R4 KitKat ROS 2F OL
KitKat Love 4F my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Koleksi RR MONO II Helaian Mampu Milik Untuk Semua Wanita Berfesyen 

BAELON

Bael0n Imbau Zaman Sekolah Menerusi Lagu Terbaharu Berjudul DI SINI