in , ,

Koleksi RR MONO II Helaian Mampu Milik Untuk Semua Wanita Berfesyen 

Rentetan daripada sambutan hangat Koleksi RR Mono pertama yang dilancarkan tahun lalu, hari ini, Rizman Ruzaini melancarkan Koleksi RR Mono II sedia pakai (ready-to-wear) untuk wanita moden yang mementingkan gaya dan keselesaan dalam berfesyen dengan mengekalkan kesesuaian dan kehendak permintaan semasa.

Setiap rekaan bercirikan potongan longgar dengan pilihan material seperti krep, kapas dan tafeeta yang pastinya selesa disarungkan dan terletak cantik untuk setiap potongan badan. Ia boleh dimiliki daripada saiz S sehingga XXL. 

Setiap satunya tampil dengan ajnas warna segar dan memukau yang mudah untuk disuaipadankan. Menariknya, ia turut dititip dengan logo rasmi Rizman Ruzaini, RR yang menyuntikkan elemen eksklusif dan tersendiri. 

Rizman Ruzaini

Buat wanita berhijab, Koleksi Mono II ini boleh dipadankan dengan RR Mono Scarf yang menjadi tudung identiti terulung Rizman Ruzaini yang pasti menyerlahkan penampilan ‘stylish’ lagi sopan wanita berhijab. 

Rizman Ruzaini

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rizman Ruzaini, Rizman Nordin, “Koleksi ini sangat istimewa kerana ia dilahirkan demi memenuhi ‘impian’ fesyen setiap golongan wanita tanpa mengira latar belakang mereka. Dalam erti kata lain, ia milik semua pada harga mampu milik.” 

“Sebelum ini, ramai yang kata jenama kami ‘mahal’ dan hanya untuk golongan tertentu sahaja. Persepsi ini sangat menyentuh hati saya. Maka, koleksi RR Mono ini adalah jawapan bahawa semua individu mampu untuk memiliki Rizman Ruzaini pada harga berpatutan.” 

Koleksi RR Mono II boleh dibeli secara berasingan atau kombo bermula pada harga RM99 sehingga RM299 sahaja bermula Selasa, 26 Julai 2022 di laman sesawang www.rizmanruzaini.my. *Untuk yang melanggan dengan pembelian awal bakal menerima potongan sebanyak 20%. 

Rizman Ruzaini

Beg Tangan Edisi Terhad 

Oh, pengumuman belum berakhir! Pada hari yang sama, Rizman Ruzaini turut melancarkan beg tangan RR Limited Edition Tote pada harga RM999 seunit. Dengan reka bentuk praktikal, menggunakan sepenuhnya material kulit berkualiti tinggi, beg tangan ini boleh digayakan untuk apa jua majlis dan pada bila-bila masa. 

Pastinya ia lebih menyerlah jika dibimbit bersama sarungan helaian RR Mono II yang lainnya. Melangkah penuh gaya sesempurna keyakinan mengiringi. 

*Tertakhluk pada terma dan syarat. 

Rizman Ruzaini

Koleksi ini hadir dengan rekaan: 

  1. RR Mono Dress
  2. RR Mono Shirt Dress
  3. RR Mono Rania Dress
  4. RR Mono Rita Top
  5. RR Mono Rita Bottom 
Rizman Ruzaini
Rizman Ruzaini
Rizman Ruzaini
Rizman Ruzaini
Rizman Ruzaini
Rizman Ruzaini
Rizman Ruzaini

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Brad Pitt | 22

Peraduan Jom Menonton Filem BULLET TRAIN Lakonan Hebat Brad Pitt

Kitkat

Lazatnya! Nikmati Produk Terbaharu Edisi Terhad KITKAT Dark Cookies