in , , ,

4.2 Juta Penonton ‘Saranghae’ Lazada 11.11 Super Show

Dari persembahan nyanyian, permainan pentas, dan sketsa, Lazada 11.11 Super Show yang telah bersiaran langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), disaksikan oleh 4.2 juta orang penonton, menurut sumber Nielsen TV Audience Measurement!

Di platform digital pula, Lazada 11.11 Supershow yang juga boleh tonton melalui strim langsung di saluran Youtube TV3 Malaysia, telah meraih jumlah tontonan sebanyak 231,932. Hampir setiap penonton menantikan persembahan penutup Lazada 11.11 Super Show yang disampaikan oleh kumpulan kpop wanita, Apink dan selebriti Indonesia, Cinta Laura Kiehl. Sebelum itu, Lazada 11.11 Super Show membariskan persembahan selebriti-selebriti terkenal tempatan, antaranya Ayda Jebat, Man Bai, Hujan, Haqiem Rusli, Naim Daniel, dan ramai lagi.

Lazada Super Show 11.11 2019

Segmen kemuncak program variasi itu adalah ketika pengiraan turun detik 12 tengah malam, menandakan saat bermulanya festival beli belah atas talian terbesar Lazada pada 11 November 2019 (11.11.2019). Tarikh keramat Lazada 11.11 dirasmikan oleh Ketua Pegawai Pemasaran, Lazada Malaysia, Diana Boo bersama 68 orang rakan jenama lain seperti Nestle Lactogrow, Samsung, Carlo Rino, dan ramai lagi.

Dihoskan oleh Fiza Sabjahan, Haziq Hussni dan Sean LJE, tirai Lazada 11.11 Super Show telah dibuka dengan persembahan ‘Haa Tepok” oleh Meer Fly Kidd Santhe dan MK K-Clique, diikuti dengan Zizi Kirana dan K-Clique. Hiburan malam itu diteruskan dengan persembahan-persembahan hebat oleh Black, Haqiem Rusli, Ismail Izzani, Bunga serta sketsa mencuit hati oleh Shuk Sahar, Ebby Yus, Shiha Zikir dan Elly Mazlein.

Selain itu, Nur Fazura telah muncul dalam sebuah segmen tajaan Nutox, bersama dua model kacak dengan sebuah pertandingan, jejaka manakah yang lebih memahami rutin kecantikan wanita. Selesai dengan itu, Andi Bernadee telah menguasai pentas dalam mempersembahkan lagu hitnya, ‘Donde’, diikuti dengan Naim Daniel yang telah memukau penonton dengan lagunya, ‘Sumpah’.

Lazada Super Show 11.11 2019

Segmen seterusnya merupakan sebuah pertunjukan fesyen Carlo Rino yang turut dimeriahkan oleh Hael Husaini, diikuti dengan perlawanan ‘Rap’ oleh Sofea (DeFam) dan Zizi Kirana. Persembahan Ayda Jebat, Siti Nurdiana, Man Bai, dan Hujan juga telah memeriahkan suasana sekitar PICC dan kaca televisyen penonton malam itu selepas segmen kira turun detik 11.11.

Hiburan malam itu telah berterusan sehingga ke persembahan Apink dan Cinta Laura Kiehl menutup tirai Lazada 11.11 Supershow.

Tahun ini, lebih banyak jenama ternama menyertai kempen Lazada 11.11 seperti Carlo Rino, Nestle Lactogrow, Nutox, Nano White, Samsung, Touch ‘n Go, RinggitPlus, Citibank dan Photobook.

Saksikan Lazada 11.11 Super Show secara strim langsung melalui saluran Youtube TV3 Malaysia, Xtra (xtra.com.my), tonton dan aplikasi Lazada. Jangan ketinggalan untuk menyertai Lazada 11.11 Super Show, dan membeli belah dengan harga-harga terendah dipasaran pada 11 November 2019! 

Layari www.lazada.com.my serta laman media sosial untuk dapatkan informasi lanjut tentang Lazada 11.11 Biggest One-Day Sale dan Lazada 11.11 Super Show! Gunakan tanda pagar  #MYLazada1111 #ILoveLazada1111 #LazadaBiggestOneDaySale untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial..

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Nabila Razali

Shopping Tanpa Tunai di Legoland® Malaysia Resort Guna Touch ‘n Go eWallet

Cuba Dulu Baru Tau, Permainan Virtual Reality Avengers: Damage Control di The VOID Genting Cukup Real