in

Lataran Lembah New Zealand

LATARAN LEMBAH NEW ZEALAND
oleh Shah Shamshiri

Kata orang, New Zealand memang cantik dan kaya dengan bermacam-macam pemandangan serta kecantikan semulajadi. Jika tidak, tak’kan filem yang pernah memenangi anugerah di Hollywood seperti Lord of The Rings menjalankan penggambaran di sana. Atas dasar ingin tahu yang mendalam, saya dan beberapa orang rakan mengambil keputusan untuk pergi ke Pulau Selatan (South Island) New Zealand dan melihat sendiri keajaiban-keajaiban yang dimaksudkan serta ingin berkongsi dengan pembaca-pembaca Budiey.

CIMG4587

Dari pesawat kami sahaja sudah dapat melihat kemegahan gunung-gunung hijau yang mewarnai kota Christchurch, destinasi pertama di mana kami mendarat. Berbeza dengan Eropah, putaran empat musim di New Zealand berlawanan waktu dan semasa Eropah sedang menghirup udara segar musim bunga, New Zealand tengah diwarnai dedaunan berguguran musim luruh. Kami disambut dengan cuaca penghujung musim luruh yang agak dingin kerana tarikhnya semakin dekat dengan musim sejuk.

Kami bergerak ke arah selatan menuju ke bandar Dunedin. Di sana, kami beruntung sebab pihak badan pelancongan kota tersebut telah bersetuju untuk menaja percutian kami kerana mahukan liputan dari ahli media seperti saya. Jadi kami telah disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik. Setibanya di Dunedin, kami telah dibawa ke tempat penginapan yang sangat eksklusif di perkarangan kawasan Istana Larnach, satu-satunya istana tunggal di New Zealand yang masih menjadi tempat lawatan pelancong asing dan tempatan. Biarpun ia mempunyai kisah silam yang agak mengerikan, istana yang terletak di atas bukit itu menyediakan pemandangan kota Dunedin yang sangat menakjubkan.

penguin watching 7

Kemudian, lepas puas menikmati pemandangan dari puncak Istana Larnach, kami telah dibawa ke tempat pemeliharaan serta pembiakan burung penguin. Di situ kami berpeluang melihat penguin pulang dari laut ke sarang mereka dan ini diserikan lagi dengan kehadiran seekor anjing laut yang turut serta menghiburkan kami. Malam itu, saya dijamu makan malam di bilik perpustakaan Istana Larnach.

Keesokan harinya kami telah dibawa bersiar-siar keliling kota di dalam kereta limosin Jaguar tajaan Classic Jags. Pemandu kami telah membawa kami ke salah satu tempat paling terkenal di New Zealand iaitu Jalan Baldwin (Baldwin Street). Pasti ramai yang tidak tahu Jalan Baldwin sebenarnya ialah jalan tercuram dunia dan ini diakui oleh Guiness Book of World Records seperti yang tertera di pangkal jalan itu.

Malam itu pula kami disajikan makanan Malaysia oleh pihak badan pelancongan Dunedin di restoran Rainforest, milik seorang warga Malaysia dari Sarawak. Senang hati kami kerana sempat juga merasa masakan Melayu yang enak di New Zealand.

Besoknya pula sebelum meninggalkan Dunedin kami turut serta dalam lawatan ke Cadbury World. Cadbury, jenama coklat yang dikenali seluruh dunia ini mempunyai sebuah kilang yang menyediakan satu-satunya lawatan bertema untuk para pelancong. Persis berada dalam filem Willy Wonka dan Charlie and The Chocolate Factory, semasa mempelajari cara-cara pembikinan coklat kami dikelilingi aneka macam coklat sambil menyicip setiap bungkusan coklat yang diberikan.

Sesudah tamat dengan Cadbury World Tour, kami meneruskan perjalanan lagi ke selatan ke kota Queenstown. Mendapat jolokan ‘Saint Tropez’ New Zealand, Queenstown merupakan sebuah kota kecil yang sangat chic dan trendy. Ia mempunyai banyak kafe-kafe serta tempat membeli-belah. Ia juga terkenal dengan aktiviti luar serta lasak seperti lompatan bungee, bot laju dan macam-macam lagi.

Kami tidak melepaskan peluang untuk menaiki Skyline Gondola atau kereta kabel ke puncak salah satu gunung di Queenstown. Di situ kami makan tengah hari sambil menikmati pemandangan indah lembah-lembah dan lurah New Zealand. T

Destinasi kami yang seterusnya selepas Queenstown adalah tasik Tekapo. Sungguhpun begitu, kami sempat singgah sebentar di kota Arrowtown yang terkenal dengan kecantikan dedaunan pokok-pokoknya di musim luruh. Daun-daun beraneka warna menghiasi setiap rantingan pokok di sepanjang perjalanan di eluruh kota kecil itu. Lebih menarik lagi, ketibaan kami disambut dengan angin kencang yang telah meniup bersama ribuan helai daun seperti babak dalam sebuah filem. Kebetulan juga kota itu sedang merayakan festival musim luruh mereka. Di Arrowton, terdapat juga sebuah kedai manisan yang terkenal dengan berbagai jenis manisan serta gula-gula.

Sebaik sahaja tamat singgah di Arrowtown, kami memandu lagi ke arah Tasik Tekapo yang memang terkenal dengan kunjungan pelancong dek pemandangannya yang benar-benar mengagumkan. Namun kami terpaksa memandu ke utara semula kerana selepas bermalam di pondok kecil kami di Lake Tekapo kami harus pulang kembali ke Christchurch untuk menaiki pesawat balik ke Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun, kami sedikit pun tidak terasa penat atau letih kerana perjalanan sepanjang lebuhraya di New Zealand memang tiada tolok bandingnya kerana kecantikan alam semulajadinya tidak dapat kita temui di tempat lain.

seal watching 3

CIMG4608

CIMG4624

jln paling curam di dunia

CIMG4633

CIMG4634

CIMG4641

larnach castle 1

camp estate residence at larnach 3

CIMG4672

lake tekapo 2

view frm queenstown cable car

queenstown sky swing

cadbury world

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Review Hotel Kristal Jakarta

Andy Flop Poppy Anggotai Band The Malayan