in

Andy Flop Poppy Anggotai Band The Malayan

Andy Flop Poppy Anggotai The Malayan: Andy Flop Poppy kini menganggotai dua kumpulan muzik tanah air iaitu kumpulan The Malayan dan Flop Poppy.

Andy yang merupakan vokalis kumpulan Flop Poppy telah mengambil keputusan untuk menubuhkan satu lagi kumpulan band baru setelah genre muzik yang dibawanya bersama Flop Poppy kini sukar diterima oleh peminat mereka. Menurut Andy Flop Poppy lagi, dia kecewa dengan penerimaan para peminat mereka terhadap perubahan tersebut.

Andy-The-Malayan

Disebabkan itulah dia muncul bersama kumpulan The Malayan dengan genre muzik berbeza yang lebih segar sesuai dengan peredaran masa.

Dalam kumpulan The Malayan, Andy merupakan vokalis manakala Khian (gitaris), Hafiz (pemanin drum) termasuk anaknya sendiri, Megat Daniel Azreen, 21 sebagai pemain Bass.

Walaupun Andy telah menubuhkan The Malayan, kumpulan lamanya, Flop Poppy masih lagi wujud dan kedua-dua kumpulan mempunyai ahli yang berbeza kecuali vokalisnya iaitu Andy sendiri.

Kumpulan The Malayan sudahpun menerbitkan single pertama mereka yang bertajuk “Aku Bukan Lagenda” dan bakal menerbitkan albun baru tidak lama lagi. Kami Forblogger mendoakan kejayaan Andy Flop Poppy bersama The Malayan dan juga kumpulan lamanya Flop Poppy. Tahniah & good luck buat Andy Flop Poppy Anggotai The Malayan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lataran Lembah New Zealand

Hairie Othman Sertai PAS