in , ,

Laris! Tiket Konsert Siti Nurhaliza Terjual 70 Peratus

Wow! Syabas Tokti. Ternyata ini satu rezeki buat Tokti di tahun 2019. Tidak dapat disangkal dan dinafikan, populariti dan pengaruh penyanyi no.1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza masih unggul apabila hampir 70 peratus tiket konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour dilaporkan sudah terjual!

Sejak mula dibuka untuk jualan pada 26 Disember lalu, kini tiket Konsert On Tour Siti Nurhaliza di Kuala Lumpur dah terjual 70 peratus. Budiey kira ini satu pencapaian dan kira dah banyak dah tu. Padahal konsertnya lambat lagi.

Memetik laporan dari Kopiplanet.com yang menemubual pengurus ctdk, Rozi Abdul Razak, tiket konsert di Malaysia mendapat sambutan ramai malah tiket paling mahal RM1,295 (meet & greet) sudah habis dijual. Pergh! Mantaplah!

Konsert Siti Nurhaliza
TIKET PALING MAHAL IAITU RM1295 YANG PALING LARIS! FUH!

Peminat Tak Mahu Beli Last Minute

Konsert yang dianjurkan Shiraz Projects itu bakal diadakan di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 16 Mac ini. Tiket berharga RM105, RM155, RM255, RM355, RM495 dan RM1,295 (meet & greet) boleh didapati menerusi www.mytickets.asia.

“Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan. Belum pun sampai seminggu dah hampir 70 peratus tiket terjual. Walau bagaimanapun, masih ada lagi tiket-tiket bagi mereka yang ingin mendapatkannya,”

– Pengurus Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Rozi Sang Dewi

Selain Malaysia, Dato’ Seri Siti Nurhaliza bakal menjayakan dua lagi konsert jelajah di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia pada 21 Februari dan di Singapura Expo, Singapura (2 Mac). Tiket bagi konsert di dua lokasi tersebut akan mula dijual pada 7 Januari ini.

Dato’ Sri Siti Nurhaliza On Tour Jakarta, Singapura, Kuala Lumpur
DATO’ SERI SITI NURHALIZA YANG CUKUP EXCITED DAN LOOKING FORWARD UNTUK BERIKAN YANG TERBAIK DEMI PEMINAT YANG GIGIH BELI TIKET. SUPPORT!

Nantikan Liputan Budiey di Konsert Kat Singapura dan KL

Inshaallah… Budiey akan buat liputan di dua buah konsert iaitu di Kuala Lumpur (semestinyalah kan?) dan juga di Singapura pada 2 Mac ni. Yeah! Semangat nih!

Sementara itu, ketika ditanya mengenai persiapan Siti Nurhaliza menjelang konsert jelajah, Rozi berkata,

“Buat masa ini Siti masih lagi bercuti di Dubai sehingga esok.”

“Balik sahaja daripada bercuti dia akan melakukan latihan persembahan dengan pengarah muzik, Aubrey Suwito. Minggu ketiga bulan ini, Siti juga akan mulakan latihan tarian bersama pasukan koreografi. 

“Dalam masa yang sama Siti juga akan meneruskan latihan kecergasan bagi memantapkan staminanya. Dalam tiga atau empat kali seminggu Siti akan menghadiri kelas zumba dan gim selain beliau turut giat melakukan latihan kardio dan bersenam,”

– Pengurus Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Rozi Sang Dewi
Dato’ Sri Siti Nurhaliza On Tour Jakarta, Singapura, Kuala Lumpur
DATO’ SERI SITI NURHALIZA SEMASA MEMBERIKAN UCAPAN DI SATU SIDANG MEDIA PELANCARAN KONSERT BARU-BARU INI.

Melihat kepada sambutan yang diterima, Budiey boleh katakan konsert ini bakal menjadi Concert of the Year 2019 untuk senario seni muzik di Malaysia. Mungkin nanti akan ada sidang media untuk mewar-warkan persiapan dan juga memberitahu tentang perkembangan terkini pasal konsert ini.

Apa yang Budiey harapkan konsert ini nanti berlainan dengan apa yang dihidangkan sebelum ini. Dari segi mutu persembahan, mutu penata cahaya, mutu dan keunggulan… semua vasss! Yeah! Percayalah! Malaysia boleh! Siti boleh!

Sumber: KopiPlanet.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kisah Dendam Kesumat Si Janda dalam Filem WIDOWS

“Jangan Bawa Perangai Babi Dalam Kehidupan” – Sufian Suhaimi