in ,

Kisah Dendam Kesumat Si Janda dalam Filem WIDOWS

Biasanya, kerja nak balas dendam ni kerja orang lelaki. Tapi kali ini, kita dapat melihat perempuan ganas bergelar janda yang menanggung beban membalas dendam kesumat mereka.

Kisah menarik apabila empat orang janda keluar dari zon selesa dengan menjadi ganas untuk membalas dendam atas kematian suami mereka. Empat orang janda itu adalah Alice, Linda, Belle dan Veronica. Saksikan bagaimana misteri dirungkai oleh empat wanita ini yang terpaksa menjadi janda sekelip mata setelah suami mereka mati.

Filem WIDOWS

Saje nak kasi tau, sebelum ditayang di layar lebar, Widows dahulunya adalah drama siri TV berjudul sama.  Tak tahu la kalau korang tengok ke tak, tapi siri TV ni lebih kurang la sebab bercerita pasal janda. 

Jadi, ekoran sambutan hangat di kaca TV, Widows ditayangkan dalam bentuk filem untuk peminat setia. 

Tonton sebuah kisah balas dendam sekumpulan empat orang janda dalam filem WIDOWS yang bakal ditayangkan di pawagam GSC terplih mulai 17 Januari 2019.

Trailer Filem WIDOWS

Jom kita baca sedikit tentang jalan cerita atau sinopsis ringkas tentang filem. Si suami bernama Harry Rawlings (Liam Neeson), Florek (Jon Bernthal), Carlos (Manuel Garcia-Rulfo) adalah suami-suami yang menyayangi keluarga mereka. Namun, mereka yang bergelar suami ini memiliki beberapa rahsia yang tidak diketahui oleh isteri mereka.

Rahsia ini terbongkar setelah mereka mati dan isterinya pula yang ditinggalkan harus berhadapan dengan pihak polisi yang korup serta mafia. Ada masalah masa lalu, yang membuat wanita ini terjerat dalam sebuah permasalahan.  Salah satunya adalah hutang yang ditinggalkan suami mereka. 

Hal ini membuat Veronica (Viola Davis), Linda (Michelle Rodriguez) Alice (Elizabeth Debicki) dan Belle (Cynthia Erivo) merasa tertekan dan sangat stress.

Belum hilang kesedihan mereka ditinggalkan suami, empat wanita ini mendapatkan tekanan dari mafia dan polisi yang sangat korup.   

Ingin keluar dari ditekan, empat wanita ini mencari jalan lain, dan mahu merungkai misteri dan pertanyaan-pertanyaan yang muncul di kepala mereka. 

Mereka yang selama ini menjadi ibu rumah tangga mulai berlatih seni mempertahankan diri, menembak hingga mengatur sebuah strategi seperti sekelompok pasukan askar elit.

Namun, setelah itu, mereka menemui satu per satu fakta-fakta menarik dan rahsia  tentang suami mereka dan hubungannya dengan kelompok mafia itu.  

Jadi, mampukan empat orang  janda ini menyelesaikan masalah mereka? Atau ini sekadar tentang balas dendam untuk para suami? Temukan jawapannya dengan menonton filem Widows yang akan ditayang mulai 17 Januari 2019. di pawagam GSC terpilih berhampiran anda! 

Filem WIDOWS

Info Filem WIDOWS

Director: Steve McQueen 
Written by: Gillian Flynn & Steve McQueen (screenplay by), based upon the TV series by Lynda La Plante 

Cast: Viola Davis, Michelle Rodriguez, Elizabeth Debicki, Cynthia Erivo, Colin Farrell, Brian Tyree Henry, Daniel Kaluuya, Jacki Weaver, Carrie Coon, Robert Duvall, Liam Neeson 

Teaser trailer: https://www.youtube.com/watch?v=nN2yBBSRC78

Plotline: 
A police shootout leaves four thieves dead during an explosive armed robbery attempt in Chicago. Their widows — Veronica, Linda, Alice and Belle — have nothing in common except a debt left behind by their spouses’ criminal activities. Hoping to forge a future on their own terms, Veronica joins forces with the other three women to pull off a heist that her husband was planning.

Filem WIDOWS


Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cincin Yang Sempurna Adalah Yang Dibeli Sendiri – Mira Filzah

Laris! Tiket Konsert Siti Nurhaliza Terjual 70 Peratus