in

Laporan Lintas Langsung Belanjawan Negara Tahun 2013

Ikuti Laporan & Lintas Langsung Belanjawan Tahunan di TV3

Pastinya hari Jumaat, 28 September 2012 merupakan detik yang ditunggu-tunggu oleh kakitangan kerajaan serta rakyat Malaysia secara umumnya yang tidak sabar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pembentangan Bajet 2013.

Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti perkembangan lanjut dan maklumat terkini tentang belanjawan Negara yang akan dibentangkan oleh YAB Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dibawakan secara langsung seawal jam 3.00 petang hingga 6.30 petang di TV3.

Belanjawan Negara Tahun 2013

Sememangnya isu Bajet 2013 bakal menjadi satu topik yang hangat diperdebatkan oleh semua rakyat pelbagai peringkat umur dan bangsa, tidak kira situasi atau lokasi seperti di rumah, kedai kopi, kantin pejabat, pasaraya mahupun di laman sosial. Adakah benar spekulasi yang menyatakan adanya kenaikan gaji kakitangan awam atau bonus kakitangan awam 2013?

Bagaimana pula dengan cadangan syarikat pemaju yang meminta kerajaan melonggarkan syarat pinjaman khususnya untuk pembelian rumah bagi merangsang pertumbuhan sektor hartanah Negara? Mungkinkah kerajaan akan meluluskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kali kedua pada pengumuman Bajet 2013 kali ini?

Hampir kesemua spekulasi dan persoalan berkisar Bajet 2013 bakal terjawab menerusi sebuah program bual bicara, “Pembentangan Bajet 2013” yang diterbitkan khas oleh Jabatan Berita Dan Ehwal Semasa TV3 dan akan bersiaran secara langsung pada hari berkenaan bermula pukul 3.00 petang dari Studio A (Bilik Berita TV3), Sri Pentas, Bandar Utama.

Menampilkan gandingan penyampai berita TV3 yang berkaliber Saiful Nizam Ismail dan Gan Ai Leng selaku pengantara program, kedua mereka turut ditemani oleh panel yang dijemput khas iaitu Ketua Eksekutif Institut Strategik dan Kajian Antarabangsa (Isis) Malaysia, Datuk Dr. Mahani Zainal Abidin dan Ketua Kluster Ekonomi dan Pengurusan Majlis Profesor Negara, Profesor Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali.

Secara dasarnya program bual bicara ini akan membincangkan dan menyentuh mengenai harapan, jangkaan dan insentif yang dibentangkan YAB Perdana Menteri termasuklah mengambil kira pandangan orang ramai mengenai isu Bajet 2013. Menampilkan Norliza Mohd Zain selaku penerbit, program selama 3 jam setengah ini turut membawakan lintas langsung dari Parlimen sebelum dan sewaktu pembentangan belanjawan ke udara sehingga selesai penutup sesi Bajet 2013 kali ini. Orang ramai dan penonton TV3 juga dialu-alukan untuk berkongsi pandangan dan komen tentang isu Bajet 2013 menerusi emel [email protected]

Gan Ai Leng 2

Gan Ai Leng

Saiful Nizam 2

Saiful Nizam

Saiful Nizam &Amp; Gan Ai Leng 1

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Bayi Robbie Williams Yang Baru Lahir

NBCUNIVERSAL Speaks Truth On Women