in , ,

“Selama Ini Aku Diam, Ramai Mengutuk,” – Lana Nodin Selamat Tiba di Amerika Syarikat

Lana Nodin Memaklumkan Dia Telah Selamat Tiba di Amerika Syarikat dan Lana Telah Meluahkan Perasaannya Buat Netizen Yang Telah Mengecamnya Setelah Sampai di sana.

Pelakon sensasi, Lana Nodin memaklumkan dia sudah selamat tiba di negara suaminya, David McKienzie, Amerika Syarikat.

Lana memuat naik status panjang lebar di akaun Instagramnya sebagai maklum balas terhadap segelintir netizen yang mengecam hebat terhadap dirinya yang didakwa anti-vaksin.

“Ini video khas aku buat untuk yang selalu menghina dan masih mencaci serta suka buat spekulasi sendiri tanpa tanya saya. Tanpa selidik, mengkaji kenapa dan apa yang saya buat!

“Ada yang kata oh dia tidak lepas di lapangan terbang, apa lagi berjaya nak balik ke Amerika Syarikat. Di sana lagi teruk semua tidak boleh, dine-in, riadah, masuk pusat beli belah atau masjid.

“Selama ini aku diam sebab orang dekat portal ramai yang mengutuk dan menghina. Bahkan ada yang lebih tahu fasal Amerika Syarikat dari negara yang selalu aku keluar masuk,”

– Lana Nodin
Lana Nodin Selamat Tiba di Amerika Syarikat

Lana atau sebenarnya Mazlina Hasan Nodin, berkata, jangan ada lagi yang bertanya dan nilaikan sendiri. Malah kepulangannya adalah mengikut perundangan tanpa “tingkap”.

“Sekarang aku balik dan lihat sendiri siapa yang betul! Dari aku apply MTP, buat dokumen yang sah mengikut undang-undang Malaysia dan bertolak ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur sampai ke Amerika Syarikat.

“Alhamdullilah perjalanan aku sangat dipermudahkan, tiada sebarang diskriminasi atau apa-apa masalah! Tiada orang dalam. Ini semua Allah SWT dan bila Kun Fa Yakun, jadilah… siapa kita nak pertikaikan rezeki, ajal dan apa-apa pun daripada Dia?

“Jadi jangan nak suka hati jadi polis pencen, wartawan atau doktor yang korang sekarang buat di media sosial. Sedangkan anda tidak tahu mana yang sahih dan mana yang berita angin! Hentikan menakutkan dengan perkara yang tidak perlu dan hiduplah dalam wabak ini! Covid-19 is real, kini endemik, bukan lagi pandemik!,” coretnya.

– Lana Nodin

Mengakhiri luahan panjang lebar, Lana berterima kasih kepada mereka yang selalu di sampingnya dan mendoakan agar bumi ini cepat pulih.

Terdahulu Pelakon Lana Nodin menggesa Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meletakkan jawatan sebagai Ketua Pengarah Kesihatan menerusi perkongsian di InstaStory miliknya.

Memetik laporan Astro Gempak, Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin mendakwa Dr Noor Hisham hanya ‘berlakon’ semata-mata dengan berbekalkan wajah kasihan dan keletihan.

Menerusi InstaStory tersebut, pelakon berusia 41 tahun itu memuat naik sedutan video memaparkan beberapa petugas yang lengkap pakaian perlindungan diri (PPE) dipercayai sedang menguruskan kontena jenazah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

iQiyi Set To Thrill Audiences With New K-Suspense Series “Jirisan”

Fakta Sinopsis Drama THE HOTEL Lakonan Mira Filzah & MK K-Clique