in , , ,

Lagu HOW YOU LIKE THAT Blackpink Berjaya Pecahkan Rekod

Kumpulan BLACKPINK membuat kemunculan lagu terbaharunya ‘How You Like That’ hingga jumlah tontonannya mencecah angka 82.4 juta. Lapor Kimchi Daily, kumpulan dianggotai oleh Jennie, Jisoo, Rosé dan Lisa itu telah meraih pencapaian luar biasa dalam tempoh 24 jam.

Rekod peribadi Blackpink sebelum ini menerusi video muzik ‘Kill This Love’ mencatat rekodnya tersendiri dengan jumlah 56.7 juta tontonan. Kumpulan wanita ini turut memintas rekod yang dicipta oleh BTS menerusi lagu ‘Boy With Luv’ yang mencapai 60 juta tontonan dengan mengambil masa 17 jam 45 minit untuk mencapai prestasi tersebut.

BLACKPINK mencipta rekod baharu apabila menjadi kumpulan K-Pop pertama mendapat jumlah tontonan melebihi 1.2 billion di YouTube untuk video lagu Ddu Du Ddu Du, hari ini. 

Lagu berkenaan dilancarkan pada 2018 dan tepat pagi hari ini, jumlah tontonannya melebihi angka terbabit. Setakat ini, hanya BLACKPINK berjaya melakar sejarah itu sebagai artis berkumpulan dari Korea.

Rekod tertinggi masih lagi dipegang Psy yang benar-benar mencetuskan fenomena di seluruh dunia tidak lama dulu. Dua lagunya iaitu Gangnam Style dan Gentleman masing-masing memiliki jumlah tontonan 3.6 billion dan 1.6 billion.

Terdahulu, BLACKPINK turut mencipta rekod apabila single terbaru mereka How You Like That menjadi lagu baharu terpantas mencapai jumlah tontonan 50 juta di YouTube.

Kumpulan itu hanya mengambil 11 jam 25 minit untuk mencapai angka berkenaan. Rekod sebelum ini dipegang kumpulan BTS menerusi muzik video Boys With Luv yang berjaya mencapai angka itu dalam tempoh 13 jam.

Lagu How You Like That adalah pertaruhan terbaru mereka selepas lama dinantikan peminat seluruh dunia. Ia membuktikan kumpulan itu ternyata penyanyi paling fenomena sekarang.

Fenomena HOW YOU LIKE THAT Blackpink pecah rekod YouTube & Spotify

KUMPULAN Kpop terkenal Blackpink pecah rekod aplikasi strim Spotify dengan hit terbaru mereka, How You Like That. Single tersebut menduduki tempat kelima carta harian Global Top 50, Spotify pada Khamis lalu, sekaligus menetapkan rekod baharu untuk kumpulan muzik kategori wanita secara keseluruhan.

How You Like That kini merupakan lagu Kpop dengan kedudukan carta paling tinggi dalam sejarah Spotify.

Sebelum ini, BTS memegang rekod kedudukan tempat ketiga dalam kategori sama.

Dalam perkembangan yang sama, single ini juga terjual lebih satu juta di platform muzik China iaitu QQ dalam masa 24 jam.

Ia merupakan lagu Kpop pertama yang memecah rekod tersebut.

How You Like That juga menduduki tempat tertinggi di carta muzik iTunes di 56 negara, termasuk Amerika Syarikat.

Malah, single berkenaan turut mencipta rekod lagu baharu terpantas mencapai jumlah tontonan 50 juta di YouTube.

Blackpink hanya mengambil 11 jam 25 minit untuk mencapai angka tersebut.

What do you think?

74 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Ijam Majid Lancar Single Kedua Berjudul PERMAINANMU

Betul Ke Apex Mentor Milenia Kembali Jadi Penyanyi Jalanan?