in

Lagu HARI BAHAGIA HARI RAYA dari Broo Twinz

Kehangatan Syawal mula dirasai oleh kita semua. Tinggal kurang daripada sepuluh hari kita akan menyambut Aidilfitri. Pastinya keindahan Aidilfitri ini tidak sempurna rasanya jika tidak diceriakan dengan dendangan lagu – lagu raya yang menjadi halwa telinga kita sepanjang tahun.

Bagi memeriahkan lagi suasana ini dua adik beradik kembar yang menggelarkan diri mereka Broo Twinz telah tampil dengan single kedua mereka “Hari Bahagia Hari Raya” setelah single pertama mereka “Saranghaeyo”. Lagu ini membuatkan anak-anak di kota dan perantauan rasa tidak sabar untuk pulang berhari raya bersama ibu ayah dan keluarga di kampung.

Lagu hasil ciptaan Izwan dan Ezmir Broo Twinz bersama rakan karib mereka Aleyz ini, berkisar tentang ingatan seorang anak muda kepada memori indah berhari raya bersama keluarga serta luahan perasaan sayunya untuk pulang berhari raya bersama kedua ibu dan ayah, memohon kemaafan dan doa daripada mereka. Bagi anak muda ini, inilah erti kebahagian sebenar hari raya.

Video lirik ” Hari Bahagia Hari Raya” terbitan NAR records sdn.bhd. ini boleh ditonton dan didengar di youtube channel NARTVNETWORK.

Selain itu boleh dapatkan maklumat bagi muat turun caller ringtone di dalam video tersebut. Semoga lagu ini mendapat tempat di hati peminat semua serta menceriakan suasana Aidilfitri anda. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Info lagu

Tajuk : Hari Bahagia Hari Raya
Lirik : Izwan Broo Twinz
Lagu : Izwan Broo Twinz, Ezmir Broo Twinz, Aleyz
Muzik : Eddie Marzuki
Drum : Sam
Studio rakaman: NAR studio
Terbitan : NAR records sdn. bhd.

HARI BAHAGIA HARI RAYA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Di Mekah Siti Nurhaliza Berdoa Agar Rakyat Tidak Terus Dibohongi

WEIL Hotel Iftar Brings Much Joy To Children From Rumah Anak-Anak Yatim