in ,

Broo Twinz Lancar Single Terbaru Berjudul JANJIKU

Setelah menghasilkn dua single sebelum ini Saranghaeyo dan Hari Bahagia, Hari Raya sempena aidilfitri lalu, pasangan kembar Broo Twinz yang bernaung di bawah label NAR records menampilkan lagi karya mereka yang bertajuk Janjiku. Sebelum ini video Janjiku telah mereka rakamkan secara suka-suka di channel youtube mereka Broo Twinz.

Atas sambutan dan permintaan peminat yang ingin lagu ini dirakamkan, Broo Twinz dengan kerjasama NAR records mempersembahkan lagu ini dengan susunan muzik yang indah bagi halwa telinga peminat semua. Janjiku berkisar kisah seorang pemuda yang berharap pasangan hidup yang membahagiakannya dan berjanji akan menjaga pasangan hidupnya itu dan menyayanginya sepanjang hidup mereka.

Video muzik Janjiku boleh di tonton di youtube channel “NARTVNETWORK” dan boleh dapatkan tatacara untuk muat turun caller ringtone melalui video muzik tersebut. Moga Janjiku mengindahkan lagi hari-hari anda. Terima kasih di atas sokongan semua.

Broo Twinz Lancar Single Terbaru Berjudul Janjiku

Janjiku

Hati bukan untuk disakiti
Memaksaku untuk terus pergi
Meninggalkan percintaan ini
Dan hidup yang penuh onak dan duri

Tidak akan pernah hilang rasa
Rinduku terhadap dirimu
Saat indah yang pernah dibina
Untuk cinta buat kali terakhir
Antara kita…

Tuhan…
Berikan petunjuk padaku seorang insan
yang mampu memberi kebahagian padaku
Aku sentiasa berdoa…

Aku berjanji akan menjaga ia hingga nafas terakhir
dan menyanyangi dirinya sepenuh jiwaku
Itu semua janjiku…

Lagu/Lirik:
Izwan (Brootwinz)
Ezmir (Brootwinz)
Aleyz

Info Lagu

Tajuk : Janjiku
Lagu : Izwan Broo Twinz, Ezmir Broo Twinz, Aleyz
Lirik : Izwan Broo Twinz
Guitar : Jamie Wilson
Bass : Kelly
Piano : Bajai
Drum : Sam
Studio rakaman : NAR studio
Penerbit : Hafeez Aledrus
Terbitan : NAR records

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jemputan Ke Party Hari Jadi Budiey Ke-39

Senarai Tempat Lokasi Paling Misteri di Malaysia